Skip to main content

Budaya Popular

Gembira Sambut Raya Bersama Anak-Anak, Ibu Aliff Aziz Tak Sabar Nak Tambah Ahli Keluarga Baru - “Insya Allah Tahun…”

astrogempak_ibu_aliff_aziz_gembira_sambut_raya-2.jpg

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza berkongsi kegembiraan apabila dapat menyambut Syawal bersama anak-anaknya tahun ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, dia memuat naik sekeping foto keluarganya yang memaparkan anak anaknya kelihatan gembira dapat bersama-sama di pagi raya. 

Dalam gambar tersebut, Aliff dan adik-adiknya tampil sedondon mengenakan busana berwarna olive green. 

Pada masa sama, Siti Hafiza turut meluahkan rasa teruja kerana keluarganya bakal bertambah tahun depan memandangkan anak perempuannya, Aisyah Aziz bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.


Terdahulu, Aisyah Aziz pernah memaklumkan dia bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya selepas bulan Syawal nanti. 

Must-Watch Video

Advertisement