Hiburan

“Gembira, Teruja Sehingga Nak Mengalir Air Mata ...” - Dapat Jumpa Anak, Dr Che Hafiz Syukur Lufya Omar Beri Kerjasama

gempak
Zulaikha Yusof
04/01/2021
01:35 MYT
Sponsor Banner
“Gembira, Teruja Sehingga Nak Mengalir Air Mata ...” - Dapat Jumpa Anak, Dr Che Hafiz Syukur Lufya Omar Beri Kerjasama
Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar, Dr Che Hafiz menyatakan dia berasa gembira dapat bertemu dengan anak tunggalnya, Laana Haura selepas hampir tiga bulan tidak bersua muka.
Ketika dihubungi Gempak, Dr Che Hafiz atau nama sebenarnya Che Muhammad Hafiz Che Baharum akui hampir menitiskan air mata akibat terlampau rindu dengan Haura.
"Hampir tiga bulan lebih saya tidak bertemu Haura. Kali terakhir saya jumpa Haura pada hari Malaysia, iaitu September lalu tetapi ketika itu sekejap sahaja.
"Perasaan saya memang tidak boleh dirahsiakan lagi memang saya berasa sangat gembira, teruja sehingga nak mengalir air mata pun ada. Saya juga rasa sangat bersyukur kepada Allah.
"Alhamdulillah kerana doa saya dan ibu bapa agar dapat bersama dan bertemu kembali dengan anak saya seperti sediakala selama ini termakbul," katanya.
Tambah Dr Che Hafiz, dia sedar tidak semua pasangan yang bercerai menemui jalan penyelesaian yang baik sama seperti dirinya.
Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada Lufya kerana memberi kerjasama demi kebahagiaan Haura.
"Saya sedar bahawa tidak semua pasangan yang bercerai akan mempunyai nasib yang sama seperti saya iaitu dapat menemui titik penyelesaian secara baik. Ianya bukan sesuatu perkara yang mudah tetapi juga bukan sesuatu perkara yang mustahil.
"Salah satu kuncinya adalah komunikasi yang berkesan. Saya sangat yakin dan percaya Lufya dapat berfikir secara rasional untuk anak kami dan tahu apa yang terbaik supaya tidak menganggu proses tumbesaran dan perkembangan.
"Kami hanya mahu Haura membesar secara normal seperti kanak-kanak yang lain dan mendapat kasih sayang yang secukupnya bukan hanya daripada ibunya tetapi juga seorang bapa.
"Apa-apa pun saya sangat berterima kasih kepada Lufya kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik. Kerjasama ini saya pandang sangat tinggi kerana saya fikir ianya sangat baik untuk masa depan anak itu sendiri," katanya lagi.
Sebelum ini, Dr Che Hafiz dan Lufya ada memuat naik rakaman video reaksi dan gelagat Haura ketika bertemu dengan ayahnya di Instagram (IG) pada Sabtu lalu.
Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.
Selepas dihimpit dengan kontroversi dan kemelut, akhirnya pasangan ini bercerai talak satu pada 17 Jun tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024