Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gembira Tiba Di Malaysia, Reaksi Kanak-Kanak Palestin Ini Buat Netizen Sebak - “Terasa Hiba”

Firdaus
17/08/2024 04:31 MYT
Konflik di Palestin seakan-akan masih belum menemui titik noktah apabila ribuan rakyat di negara tersebut dibunuh setiap hari oleh rejim Zionis.

Tunjuk Rasa Gembira

Atas dasar kemanusiaan, Malaysia baru-baru ini mengambil inisiatif membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.

Menerusi satu video yang dikongsikan di Platform X, dapat dilihat seorang kanak-kanak Palestin tidak dapat menahan rasa gembira apabila dirinya tiba di Malaysia.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Netizen Sebak

Susulan penularan entri tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak melihat kepada reaksi yang diberikan oleh kanak-kanak berkenaan.

Antara komen yang diterima:

“Sebak tengok muka happy kanak-kanak Palestin, Alhamdulillah,”

“Selamat datang saudara,”

“Terasa hiba,”

“Alhamdulillah, mereka rasa gembira dapat lari jauh dari cengkaman Zionis walaupun sementara.”

BERITA TRENDING: Dua Pesawat TUDM Bawa Rakyat Palestin Cedera Selamat Tiba Di Pangkalan TUDM Subang

BERITA TRENDING: PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

​BERITA TRENDING: Perbuatan Meta Jelik, Hina Penderitaan Rakyat Palestin - Pejabat Perdana Menteri

​BERITA TRENDING: “Pembunuhan Ismail Haniyeh Tidak Akan Dibiarkan Tanpa Balasan” – Hamas

Sekadar info, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang pada 16 Ogos.

Misi itu dilaksanakan atas pertimbangan kemanusiaan, dan menunjukkan solidariti rakyat negara ini bersama Palestin serta pendirian Malaysia menentang tindakan tidak berperikemanusiaan atau genosid.

Sumber: Platform X

#Viral #Tular #Israel #Palestin #Kanak-Kanak #Zionis