Berita

Perbuatan Meta Jelik, Hina Penderitaan Rakyat Palestin - Pejabat Perdana Menteri

gempak
Gempak
06/08/2024
03:18 MYT
Sponsor Banner
Perbuatan Meta Jelik, Hina Penderitaan Rakyat Palestin - Pejabat Perdana Menteri
Tindakan Meta menurunkan beberapa hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang kematian Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, adalah jelik dan bersifat diskriminasi.
Bahagian Media dan Komunikasi Strategik, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin menegaskan, perkongsian Anwar melalui platform Facebook dan Instagram itu hanyalah untuk menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan di atas pemergian tokoh perjuangan Palestin itu.

Meta bersikap tidak adil

Selain itu, Pejabat Perdana Menteri menegaskan Meta bersikap tidak adil, dan menyekat kebebasan berpandangan, selain menghina perjuangan sah rakyat Palestin menuntut keadilan dan hak asasi manusia.
“Kami turut menegaskan bahawa tindakan menurunkan hantaran ini telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang memahami penderitaan rakyat Palestin dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel seperti terpahat dalam lipatan sejarah.

“Keputusan unilateral untuk menapis kandungan tanpa pertimbangan terhadap konteks hantaran, jelas menimbulkan persoalan tentang ketelusan dalam dasar penapisan kandungan Meta,” tegasnya lagi.

Ia berkata, wakil Meta telah dipanggil bagi memberi penjelasan kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, berhubung tindakan penurunan hantaran tersebut.

BERITA TRENDING: UK Bergelut Dengan Rusuhan Terburuk Dalam 13 Tahun

BERITA TRENDING: Jepun Terus Rekod Suhu Tinggi Di Tengah Gelombang Haba Melampau

Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Perdana Menteri berkata, ia turut kesal dengan insiden sekatan siaran langsung menerusi Facebook melibatkan akaun berita televisyen, yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin pada Ahad.
“Justeru, Pejabat Perdana Menteri telah menuntut beberapa perkara, termasuk penjelasan terperinci berhubung tindakan yang diambil oleh pihak Meta, serta permohonan maaf secara terbuka daripada Meta.
BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan
BERITA TRENDING: Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh
“Seperti yang telah dijanjikan dalam pertemuan ini, satu kenyataan media akan dikeluarkan oleh pihak Meta dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024