Artis Korea

Gempak Gila! Berderau Darah Tengok Trailer Sekuel Train To Busan, Date Tayangan Pun Dah Confirm

Mya Amri
26/06/2020
12:12 MYT
Filem popular Korea, Train To Busan kembali ke pawagam dengan sekuel keduanya berjudul Peninsula.
Sejak berita mengenai Peninsula dihebahkan ternyata rata-rata pengikut filem Train To Busan sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem aksi tersebut.
Malah trailer rasmi Peninsula yang dimuat naik di YouTube juga turut mendapat sambutan hangat. Walaupun hanya sedutan pendek namun lakonan mantap Kang Dong Won dengan aksi mendebarkan sudah cukup untuk membuatkan penonton ‘resah’ menunggu tarikh tayangan Peninsula.
Dalam perkembangan terbaharu, tarikh rasmi untuk tayangan filem berkenaan sudah pun dikeluarkan.
Peninsula akan ditayangkan secara eksklusif di Korea Selatan pada 15 Julai depan manakala tayangan di Malaysia bermula 16 Julai. Selain Kang Dong Won, filem arahan Yeon Sang Ho ini juga dibintangi oleh Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won.
Terdahulu, filem pertama Train To Busan yang dikeluarkan pada tahun 2016 cemerlang dengan kutipan berjumlah USD 87 juta (RM359 juta). Pencapaian hebat itu bukan sahaja tercatat di Korea Selatan malah menjadi filem pecah panggung seluruh dunia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU
Topic Berkaitan
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

Dua Minggu Umum Bercinta, Han So Hee & Ryu Joon Yeol Putuskan Hubungan

gempak
30/03/2024
16:00 MYT
Sekejap je bercinta.
Artis Korea

Nafi Jadi Penyondol, Han So Hee Akhirnya Mengaku Bercinta Dengan Ryu Jun Yeol - “Dia Putus Dengan Hyeri Awal 2023”

gempak
16/03/2024
05:55 MYT
Ini penjelasan Han So Hee berkenaan hubungan cinta.
Artis Korea

Pandai Berbahasa Melayu, Cha Eun Woo Siap Panggil Sayang! Buat Peminat Makin Jatuh Hati

gempak
25/02/2024
05:55 MYT
Pandai Eun Woo cakap Melayu tau.