Gempak Recap Hari Ini: Zizan Risau Abah Banjir, Baby Bump Elisya Sandha, Safiey ilyas Tak Jadi Pindak Bangkok?
Syafiqah Jalal
01/03/2022 15:37 MYT
01/03/2022 15:37 MYT
Di hari pertama bulan Mac, Astro Gempak seperti biasa masih terus menyiarkan cerita-cerita artis Malaysia buat pembaca setia kami.
Pada musim tengkujuh dan banjir ini, artis juga tidak terlepas dari terkena tempiasnya antaranya Zizan yang akui bimbang dengan keadaan bapanya yang turut menjadi mangsa banjir.
Selain itu pelakon Elisya Sandha pula kini lebih terbuka berkongsi mengenai dirinya yang didakwa sedang berbadan dua.
Sementara itu usahawan terkenal Safiey Ilyas pula katanya menafikan yang dia bakal berhijrah dan menetap di Bangkok, Thailand.
Banyak lagi cerita menarik hari ini, Gempak senaraikan lima artikel yang menjadi tumpuan. Salah seorang pelaku seni kelahiran Terengganu, Zizan Razak mengaku sedih selepas mengetahui berita negeri dan banyak kawasan di kampung halamannya terjejas teruk akibat banjir.
Zizan sewaktu dihubungi Gempak turut melahirkan kebimbangan apabila mendapat khabar kawasan kediaman ayahnya turut dinaiki air.
Pelakon Elisya Sandha seperti memberi bayangan dirinya kini sedang hamil selepas memuat naik beberapa kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya tentang keadaan dirinya.
Menerusi satu video, Elisya dilihat memegang perutnya yang kelihatan sedikit membesar. Usahawan kontroversi Safiey Illias menafikan dakwaan bakal berhijrah dan memulakan kehidupan baru di Bangkok, Thailand.
Safiey menerusi hantaran terbaru di laman sosial Instagram berkata, dia masih sayangkan Malaysia dan ibu serta bapanya. “Jangan salah faham, saya bergurau sahaja,” kata Haqiem Rusli menjawab persoalan tentang khabar angin yang mendakwa isterinya, Anis Sofea, 20, kini sedang hamil.
Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Ruslim, 24, menjelaskan perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram (IG) dalam Insta Story miliknya semalam. Penyanyi Aril Pilus berharap agar isteri, anak dan bapanya berada dalam keadaan baik serta tidak memiliki gejala COVID-19 yang memudaratkan.
Dalam masa sama, Aril turut mengharapkan ibunya terus terhindar daripada virus COVID-19.