Hiburan

#GempakMemilih2020: K-Clique Tentang Revolusi Muzik & Kegilaan Generasi Kini

gempak
Zulaikha Yusof
22/12/2020
11:35 MYT
Sponsor Banner
#GempakMemilih2020: K-Clique Tentang Revolusi Muzik & Kegilaan Generasi Kini
MK, Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello, dan NastyNas, nama ini sudah tidak asing mendiri dan menggerakkan kumpulan hip hop Malaysia, K-Clique.
Jika tidak keterlaluan, inilah kumpulan yang menjadi kegilaan masa kini. Muzik mereka bukan baharu, namun revolusi K-Clique datang dengan cara tersendiri, dan lebih style.
Tembang hit mereka, Pulang misalnya menjadi siulan masa kini. Namun mendaki tangga dan langkah untuk dikenal dengan begitu komersial ternyata mengambil masa yang tidak singkat.
Sejak 2014, dari Sabah sehingga ke Semenanjung, kini K-Clique digilai. Meski demikian, kata mereka. tiada istilah mendabik dada melihat K-Clique kini sudah menakluk industri.
Sebelum tahun 2020 melabuhkan tirai, Gempak sebulat suara memilih K-Clique sebagai salah satu selebriti yang berjaya sepanjang perjalanan karier seni.
Gempak berkesempatan menemu bual secara empat mata bersama wakil K-Clique, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan sehari sebelum Anugerah MeleTOP Era (AME2020).
#1 Sejak penubuhan K-Clique, apa yang dipegang supaya ahli kumpulan tidak berpecah?
Kami mula dari minat dan susah senang bersama. Apa yang kami pegang adalah sentiasa beringat antara satu sama lain. Tiada pegangan yang satu. Hubungan kami alhamdulillah, dapat faham antara satu sama lain sampai sekarang. Kami berasal dari tempat paling bawah, apa yang ada sekarang kami bersyukur. Itu ja la. Pegangan itu dari diri sendiri.
#2 Untuk tahun 2020, macam mana perjalanan karier seni? Makin baik dari tahun lepas?
Nak cakap better dari tahun lepas tidak juga. Dia agak kurang memuaskan. Tahun ini kita faham dengan keadaan yang berlaku tetapi alhamdulillah masih ada something yang kami dapat. Ada something yang buat kami gerak ke hadapan. Insya-Allah, tahun 2021 ini kita pergi lebih laju daripada sebelum ini.
#3 Setakat ini K-Clique sendiri sudah berasa selesa dengan tahap sekarang?
Nak cakap kami dah selesa itu tidak. Ia lagi membuatkan kami takut dengan kedudukan sekarang. Kami perlu bagi hasil lebih lagi dan lagi. Benda ini cabaran dalam erti kata lain memberi positif kepada kami. Jadi nak cakap kami selesa memang tak. Kami perlu asah diri lagi supaya terus mara ke hadapan.
#4 Kalau kita tengok peminat K-Clique bukan sokong sebagai kumpulan saja tetapi atas individu juga. Contoh, baru-baru ini Noki dan Tuju dapat tempat ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35). Apa komen MK?
Peminat kami sudah terpupuk dengan cara kami sebagai satu kumpulan. Contohnya, apabila Noki tampil solo kami sokong setiap aktiviti dia. Secara tak langsung, peminat lihat dan lakukan perkara yang sama. Terima kasih kepada peminat kami.
#5 Apa yang MK boleh cakap kepada peminat yang selama ini terus tetap menyokong walaupun dikecam dari pelbagai sudut?
Saya menghargai peminat . Tanpa mereka mungkin MK dan K-Clique tidak berada di tempat yang kami berada sekarang ini. Alhamdulillah terima kasih banyak kepada semua yang sentiasa ada di belakang kami. Terima kasih banyak.
#6 Apa perancangan K-Clique untuk tahun 2021?
Sebenarnya perancangan itu banyak tetapi persediaan itu yang penting bagi kami. Apa yang kami mahu untuk tahun 2021 adalah lebih daripada tahun sebelumnya. Tetapi dalam masa yang sama, cabaran yang membuatkan kami lebih matang dan bekerja secara profesional. Kami juga harap perancangan ini dapat memberi impak kepada peminat dan juga industri muzik.
Semoga K-Clique terus menghasilkan karya-karya yang berkualiti dan memberi inspirasi kepada ramai orang. All the best 2021!
Foto: Instagram @k_clique
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024