Tahun 2019 telah pun menutup tirainya dengan cukup indah!

Kini, tiba masanya untuk kita melihat apa yang bakal ‘dihidangkan’ pada 2020.

Seperti biasa, industri hiburan tidak pernah sepi dengan pendatang baru ataupun lama yang kembali membuat ‘comeback’.

Tidak kiralah baru atau lama, Gempak kumpulkan 10 selebriti yang bakal menyerlah tahun ini!

#1 Cik B



Selain popular di laman sosial, anak kepada Datuk Seri Vida, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin menjadi tumpuan kerana produk makanan kulit salmonnya.

Tidak cukup dengan itu, Cik B juga mula memperkukuhkan jenamanya menerusi Cik B Vaganza Food Fest 2019.

Pastinya, 2020 bakal menyaksikan ‘kebangkitan’ usahawan muda ini!

#2 Aina Abdul



Nama Aina Abdul kembali melonjak apabila lagu nyanyiannya iaitu Sumpah layak ke Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34).

Lebih membanggakan, Sumpah merupakan lagu hasil ciptaan penuh oleh Aina sendiri. Hebat bukan?

Disebabkan itu juga, namanya kini disebut-sebut sebagai antara pelapis hebat dalam bidang nyanyian.

#3 Yusuf Bahrin



Watak Dr. Amar dalam drama bersiri Sweet Dreams melonjakkan lagi nama pelakon baru ini.

Dengan rupa dan bakat yang ada, pemuda berusia 27 tahun ini berpotensi untuk berdiri sama taraf pelakon senior sedia ada.

Tahun 2020 pastinya menyaksikan lambakan drama yang dibintangi Yusuf, namun Gempak tidak menolak jika pelakon ini bakal dilamar untuk ke layar perak!

#4 Han Byul



Penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han Byul dinobatkan sebagai juara Big Stage 2019.

Bermula dengan single berjudul Luka dan Bahagia ciptaan Haqiem Rusli, penyanyi ini bakal muncul dengan lagu baru dalam bahasa Inggeris tidak lama lagi.

Jika lagu tersebut mampu menambat hati pendengar Malaysia, mungkin nama Han Byul akan lebih kukuh pada 2020!

#5 Naqiu




Menjadi juara Gegar Vaganza 2019 disamping Hady Mirza bukanlah satu penghalang untuk Naqiu menyerlah pada tahun ini.

Difahamkan, Naqiu bakal melancarkan single terbaru, hasil ciptaannya sendiri dalam masa terdekat.

Bergerak secara solo dan berkumpulan, perjalanan karier Naqiu untuk 2020 pastinya padat!

#6 Riena Diana



Selepas drama Nur, pelakon ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila muncul dalam drama Kampung People.

Membawakan watak komedi, siapa sangka Riena Diana mampu ‘menghidupkan’ watak tersebut dengan cukup baik.

Malah, beberapa babak lakonan Riena dalam drama itu turut viral di media sosial. Hebat!

#7 Azira Shafinaz



Antara anggota De Fam yang berbakat besar dalam lakonan.

Selain banyak muncul dalam drama televisyen, Azira juga makin ‘laris’ berlakon dan kini membintangi filem.

Antara yang sedang menjalani penggambaran adalah Talbis Iblis

#8 Fify Azmi



Walaupun baru dalam layar perak, Fify Azmi membuktikan dia cepat belajar dan mempunyai bakat besar.

Lakonannya dalam filem Wira telah dipuji ramai termasuklah pengkritik filem.

Diharapkan 2020 memberi peluang lebih banyak lagi untuk pelakon baru seperti Fify memegang watak penting dalam naskhah filem.

#9 Amelia Henderson



Amelia Henderson telah dimahkotakan sebagai 'Model of the Year' dimajlis Anugerah Festival Model Asia ke-14, tahun ini.

Tidak cukup dengan itu, dia juga bakal muncul dalam filem J Retribusi iaitu sekuel kepada J Revolusi.

Tahun 2020 mungkin antara tahun yang padat buat pelakon cantik ini!

#10 Neeta



Selain Han Byul, pemenang naib juara Big Stage 2019, Neeta juga antara yang bakal menyerlah.

Lagu Ilusi bersama iamNEETA Band juga antara yang banyak diputarkan di radio serta platform streaming tahun ini.

Dengan bakat serta semangat Neeta untuk bertahan dalam industri, pasti 2020 ini dia mampu menyerlah!