Pengambilan biskut atau roti kering sudah lama diamalkan oleh ramai orang tertutama sebagai pengambilan makanan ringan di waktu senggang ataupun buat minum petang dan sebagainya.

Namun pernah tak terfikir jika biskut merupakan makanan yang berisiko akan kesihatan anda jika diambil setiap hari?

Seorang pengamal perubatan yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Hafiz Sulaiman menerusi akaun Instagram miliknya memberitahu terdapat risiko kepada kesihatan jika biskut diambil setiap hari sebagai makanan snek.

Berikut merupakan 5 risiko kesihatan pengambilan biskut setiap hari yang disenaraikan:

#1 Menyumbat salur darah jantung, otak, organ-organ dalaman badan dan merosakkan saraf.

Lemak Trans biasa terdapat dalam sesetengah biskut menggunakan marjerin atau lemak bukan tenusu.


#2 Majoriti Biskut ialah Junkfood.

Biskut ni makanan tinggi proses. Nutrien rendah atau terhapus ketika pemprosesannya.Pakar diet panggilnya "kalori kosong". Bukan zero kalori. Tapi kalori dengan zat menghampiri kosong. Macam roti canailah. Malah biskut ditambah pengawet, perisa, pewarna yang mungkin tidak sihat untuk badan.

#3 Menggemukkan. Meninggikan Gula Darah.

Banyak biskut tinggi karbohidrat diperhalusi.. mengakibatkan penyerapan kanji yang tinggi dalam darah. Akibatnya, paras gula darah mencanak tinggi menyebabkan susah kurus. Susah nak kawal gula darah bagi penderita diabetes.

#4 Mengganggu Imun, menganggu hormon.

Biskut gandum, biskut barli mengandungi gluten.. penyebab "leaky gut" punca gangguan imun.Punca masalah angin. Punca kebakaran dalaman (inflammation).Tak hairan lepas makan biskut, refluks asid (GERD), kembung... Jadi gatal merah (ekzema,psoriasis, autoimun) lepas makan biskut..

#5 Mengandungi Bahan Penyebab Kanser.

Aldehyde, peroxide, Acrylamide. Sesetengah biskut menggunakan lemak tak sihat seperti minyak bunga matahari dan minyak soya.Bukan semua biskut teruk. Kita "cuma" perlu pilih biskut, tanpa lemak trans, kurang aditif seperti pengawet, perisa, pewarna, rendah kanji seperti low carb atau keto, dan gluten free.
Pilih biskut dengan lemak sawit, elakkan biskut mengandungi sunflower dan soya untuk mengelakkan peroksida dan aldehyde.