Tiada apa yang mengujakan apabila rakan saya secara spontan mengajak road trip ke Sungai Lembing yang terletak di daerah Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Yang terbayang di fikiran hanyalah Time Capsule Retreat yang menjadi destinasi eskapisme viral penghuni kota metropolitan untuk bercuti sambil merakamkan foto-foto berlatarbelakangkan rimba.

Selain daripada itu, yang saya tahu pekan Sungai Lembing adalah bekas kawasan perlombongan bijih timah suatu masa dahulu.

Petang Jumaat, 17 Julai lalu saya cuba cari apa tarikan Sungai Lembing untuk penuhi hajat jika sudah alang-alang ke sana.

Ya, di sana terletaknya Air Terjun Pelangi yang pernah melatari filem Pinjamkan Hatiku sekitar tiga tahun lepas.

Jadi, saya kongsikan perkara yang anda perlu tahu tentang Air Terjun Pelangi dan cara-cara untuk anda ke sana.

1. Permit

Akses masuk ke Air Terjun Pelangi memerlukan permit! Memandangkan ia diwartakan di bawah Hutan Simpan Kekal Remen Cemih, maka anda tidak boleh sewenang-wenangnya masuk ke kawasan terbabit tanpa keizinan pihak berkuasa.

Untuk mendapatkan permit saya menghubungi Rizal, pemandu pelancong bertauliah yang menyediakan servis logistik untuk ke kawasan terbabit.



"Nak masuk ke dalam hutan bukan boleh berjalan kaki, sekurang-kurangnya mengambil masa 45 minit dengan menaiki pacuan empat roda (4WD)!" kata Rizal kepada kami yang masih terpinga-pinga.



Jam 2 pagi kami sedia bertolak dari Kuala Lumpur. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk tiba di pekan Sungai Lembing.

2. 45 minit off road

Jalan berbatu, lumpur dan lopak air kami harungi dengan kenderaan milik Rizal. Ekspedisi kami bermula seawal pukul 7 pagi dan ada satu destinasi wajib singgah sebelum tiba di Air Terjun Pelangi; Sunrise Hill!

Anda bakal disajikan dengan panorama matahari terbit yang sangat mengagumkan dari puncak bukit. Percayalah, anda tidak akan menyesal.



Kami tiba di Lubuk Beruk (kaki bukit sebelum trekking ke Air Terjun Pelangi). Fasiliti seperti tandas awam disediakan untuk pengunjung yang datang ke kawasan tersebut, jangan bimbang.

3. Trekking 1.5 KM

Bagi yang mungkin terlepas pandang soal kelengkapan untuk melalui denai hutan, kasut khas juga boleh disewa dengan harga serendah RM3 sepasang.

"Biasanya hujung minggu menjadi pilihan orang ramai datang ke spot Air Terjun Pelangi. Mungkin ini waktu sesuai yang kebanyakan daripada kita yang berkelapangan," tambah Rizal yang sudah bersiap sedia memandu kami ke dalam hutan.

Di Lubuk Beruk sendiri pun ada tersimpan kisah. Sebagai pemandu pelancong yang sudah lebih 8 tahun meredah pelusuk hutan simpan itu, Rizal pegang banyak rahsia.

Enggan membuang masa, kami ingin mengejar pelangi dan tempoh trekking mengambil masa lebih kurang 45 minit dengn trek sejauh 1.5 kilometer.




4. Spektakular Air Terjun Pelangi

Saya tergamam! Tidak meletakkan sebarang ekspektasi pun untuk melihat keindahan alam yang sangat luar biasa cantiknya kali ini.

Sejalur pelangi tersusun rapi di gigi air. Adakalanya berselang seli hilang ditutup awan dari matahari yang memancar terik pada pagi itu. Dedebu air bertebaran ke angkasa, kadang-kadang menampar pipi saya.

"Masa terbaik untuk ke Air Terjun Pelangi ialah dari bulan Januari sampai Mac kerana keadaan matahari di garis khatulistiwa bumi," terang Rizal.

You dont have to go far to go far! #discovermalaysian #amazingmalaysia #malaysiatrulyasia #tourismmalaysia #cuticutimalaysia #SayangiMalaysiaKu #vm2020 #vsco #vscocam #moodygrams #igfeedsmenarik_ #rainbowwaterfall #airterjunpelangi #sungailembing #pahang #pahangigers #pahangtourism

A post shared by N I K (@thisisyeoy) on


Air Terjun Pelangi juga dipanggil Air Terjun 500 Kaki mengikut ketinggian yang diukur penduduk setempat.

Kata Rizal, dia pernah mendaki ke puncak Air Terjun Pelangi dan trek hikingnya sangat curam hingga dia mengambil masa lima hari untuk sampai.

"Uniknya Air Terjun Pelangi muncul daripada tengah-tengah kawah di atas bukit yang terpecah kepada tiga bahagian iaitu dua air terjun dan satu anak sungai.

"Batuan yang terbentuk daripada bukit ini juga sarat dengan kuprum," kata Rizal lagi.

5. Makan mi hirup kopi

Saya dan rakan-rakan tidak melepaskan peluang bermandi-manda di kaki Air Terjun Pelangi sambil bertemankan pelangi yang terbias daripada sinaran matahari.

Sama-sama dengan abe kita doakan scammer yang rembat duit abe dari bank sejak Jumaat lepas ditelan bumi ya dipanah petir dibakar api neraka panas ? . Bayangkan 15 kali transaksi RM75 setiap kali sampai hari ni dan abe tak dapat sebarang notifikasi pun. . Luckily sempat sedar & kad bank pun dah sekat. Esok kita teruskan urusan & doa-doakan uruzan abe dipermudahkan serta dapat baliklah duit yang dah kena rembat tu. Amin... . Oleh itu ya, kalian semua hati-hati dengan dunia tanpa sempadan ni. Makin canggih dunia, makin terdesak manusia. Kan kan kan?

A post shared by N I K (@thisisyeoy) on


Semakin meninggi matahari, pelangi perlahan-lahan mencium bibir air hingga akhirnya hilang dengan sendirinya.

Go with a flow, make a splash! ?

A post shared by nazmikhwan (@ikh1nzm) on


Tapi, cubalah anda teka apa yang ada dalam air sepanjang kami bermandi-manda? Jawapannya anak-anak udang sungai yang bakal mengigit-gigit manja jari kaki anda ketika sedang berendam.

Lapar? Jangan bimbang kerana setiap pemandu pelancong akan menyediakan 'juadah' khas buat anak-anak buahnya; Maggi Cup dan air kopi panas!



Jadi, anda tak perlulah menahan lapar sepanjang berada di puncak bukit. Bayangkanlah betapa nyamannya menghirup kopi panas sambil ditemani deruan air terjun yang menghempas muka batu.

Bagi memastikan persekitaran kekal bersih, sampah sarap selepas anda menjamu selera akan dikumpulkan semula oleh pemandu pelancong rombongan anda untuk dibawa keluar dari kawasan terbabit.

Saya sengaja mencari ruang waktu akhir, mahu bersama Air Terjun Pelangi tanpa suara hingar-bingar seperti awal ketibaan kami pagi itu. Damai... biar tidak lama; itu yang boleh saya simpulkan.

Kumpulan kami menjadi yang terakhir turun dari Air Terjun Pelangi pagi itu, meninggalkan ia bersendirian semula seperti sifat alaminya.

Perjalanan kembali ke pekan Sungai Lembing sama seperti kedatangan kami. Sekitar pukul 2 petang kami tiba di pekan terbabit yang saya rasakan cukup menarik untuk diteroka lagi.

Best adventure...awesome people...good memories. ? to many more to come..?

A post shared by Eva Evalicious (@eva.evania) on


The trek to Sungai Lembing's famous Rainbow Waterfall was not a walk in the park but it was so worth it. Watch our videos on #youtube (link in our bio) to follow our adventures!

A post shared by WhateverThereWas Travel (@whatevertherewas) on


Pakej yang disediakan untuk naik ke Air Terjun Pelangi kini sekitar RM70 (yang merangkumi pengangkutan, tour guide, permit & makan).

Bagi saya berbaloi dan memuaskan hati. Selain Rizal, ada lagi 49 pemandu pelancong yang mengendalikan servis yang sama sepertinya.

Jadi, kenapa Sungai Lembing perlu menjadi halangan untuk anda meneroka keindahan alam semulajadi yang ada di Malaysia sendiri. Cubalah, mana tahu jatuh hati!