Selepas mencatat kemenangan Anugerah Filem Terbaik di Anugerah Oscar Ke-92, filem Parasite semakin mendapat perhatian ramai.

Selain pengarah dan barisan pelakon, lokasi penggambaran file mini turut menjadi tumpuan pelancong-pelancong apabila berkunjung ke Korea Selatan.

Anda peminat filem Parasite? Gempak senaraikan empat lokasi filem ini yang wajib anda singgah!

1. Sky Pizza



Lokasi resotan pizza yang dikenali sebagai Pizza Age kini menjadi tumpuan ramai gara-gara filem Parasite.

Pelancong semakin ramai mengunjungi restoran ini dan tidak melepaskan peluang mengambil swafoto.

Malah, di restoran ini turut tertera tandatangan pengarah filem tersebut, Bong Joon-ho.

2. Tangga Jahamun Tunnel



Pasti anda ingat babak keluarga Ki-Taek melarikan diri dari rumah keluarga Park apabila mereka pulang secara tiba-tiba kerana perkhemahan terpaksa dibatalkan, inilah lokasinya.

Dalam filem tersebut tangga ini ditampilkan agak seram tetapi jangan risau kerana anda akan melihat ramai pengunjung yang akan lalu sambil bergambar di sini.


3. Pasar raya Doijissal



Pasar raya ini merupakan lokasi dimana Ki-Woo mendapat tawaran untuk menggantikan kawannya sebagai tutor.

Dalam filem Parasite, pasar raya ini dikenali sebagai pasar raya Woori. Jangan lupa ambil foto sama seperti dalam filem untuk koleksi Instagram anda.


4. Tangga di Ki-taek’s Village



Lokasi tangga ini berdekatan dengan pasar Dojissal dan tak lengkap lawatan anda ke set penggambaran Parasite kalau tak singgah di tangga ini.

Tangga ini merupakan tangga bersambung di rumah President Park. Ia dapat dilihat sewaktu Ki-Jeong membeli buah pic dan menghantarkan ke rumah Park.