,
Hiburan

#GempakTravel - Tiba Masa Anda Melihat Bunga Matahari Lopburi Pada Bulan November Hingga Januari, Ini Caranya!

Azwa Rahman
24/10/2019
09:35 MYT
Ladang bunga matahari yang tular di Thailand pasti berada di dalam bucket list anda. Untuk melihat bunga matahari di Lopburi, anda perlu datang pada bulan November, Disember dan Januari sahaja.
Jika dari Bangkok, anda boleh memilih menaiki kereta api. Saya tiba di stesen kereta api Hua Lamphong pada jam 6.30 pagi. Tiba di stesen kereta, saya bergegas ke kaunter tiket dan membeli tiket kereta api ke Lopburi jam 7 pagi dengan harga 50 Baht (RM6.90).
Tiket yang ada hanya untuk kelas 3 dan apa yang membuatkan saya terkejut adalah tertera perkataan 'standee', tiada nombor kerusi dan gerabak berapa. Tiba di platform, kereta api 111 sedia menunggu dan saya mencuba nasib masuk sahaja ke mana-mana gerabak kelas 3.
Perjalanan masa memakan masa selama 2 jam 40 minit. Dari Hua Lamphong, kereta api tidak terlalu penuh dan tepat jam 7.05, kereta api mula bergerak.
Dari Bangkok ke Lopburi, kereta api akan berhenti di lapan stesen jadi anda harus berjaga-jaga agar tidak terlepas stesen.
Saya sedikit lega kerana kami mendapat tempat duduk dan hampir tertidur kerana udara sejuk membelai perjalanan kami. Namun tiba di stesen Bang Khaen, bahu saya mula dicuit oleh seorang wanita tempatan kerana saya sedang duduk di tempatnya.
Sebelum tiba di Lopburi, kereta api akan berhenti di stesen Ayutthaya. Selain Bangkok, Ayutthaya juga menjadi destinasi pilihan backpackers bercuti.
Tiba di stesen kereta api Lopburi jam 9.45 pagi, anda akan disambut oleh dua, tiga orang lokal yang menanti untuk membawa anda ke ladang bunga matahari. Mereka akan bertanya, ‘sunflower?’ dan terpulang kepada anda untuk memilih harga yang sesuai.
Di sinilah, teknik tawar-menawar anda diperlukan. Ketika saya dan teman bertanya pada seorang pemandu, dia meletakkan harga 700 baht (RM96) untuk perjalanan pergi dan balik. Bila ditawar lagi, harga dikurangkan menjadi 600 baht (RM82).
Gila 600 baht untuk tengok bunga matahari sahaja? Saya ternampak tiga gadis Indonesia yang turut sama tawar-menawar dengan pemandu mereka. Saya pegi ke arah mereka dan bertanya jika boleh saya dan teman ikut trip mereka, pastinya lebih murah. Dengan hanya seorang dikenakan 150 baht (RM20), kami bersetuju dan menaiki trak pikap untuk ke ladang matahari.
Sepanjang 30 minit perjalanan ke ladang tersebut, pekan Lopburi sangat tenang. Jika anda pergi pada bulan November dan Disember, ada beberapa ladang yang anda boleh lawat namun jika anda pergi menjelang hujung Januari, hanya ada satu ladang sahaja yang masih dibuka.
Dengan bayaran masuk hanya 20 baht (RM2.70), saya memasuki ladang bunga matahari yang sedang mekar. Ada sebahagian yang sudah mula menunduk dan ada juga yang masih mekar. Ambillah sebanyak masa dan gambar yang anda mahu, tinggal anda sanggup berpanas atau tidak sahaja.
Di situ juga ada dijual biji bunga matahari yang boleh anda makan. sepeket dijual dengan harga 30 baht (RM4.00) untuk bekalan dalam kereta api pulang ke Bangkok.
Cantik! Saya tergamam seketika kerana tidak pernah melihat bunga matahari sedekat dan sebanyak ini. Ada sebesar muka dan ada juga yang kecil comel. Awas ketika lalu di celah-celah bunga matahari ini kerana ada sarang semut api yang bakal anda pijak.
Puas bergambar, anda boleh meminta pemandu untuk bersiar-siar di bandar Lopburi. Anda juga boleh melawat kuil di kawasan sekitar kerana Lopburi juga ada banyak kuil yang dibuka kepada pelancong.
Selesai tour di tengah pekan, kami dihantar semula ke stesen kereta api Lopburi. Saya terus membeli tiket kereta api pulang ke Bangkok pada jam 2.20 petang dengan harga 50 baht (RM6.90). Saya sempat bertanya pada wanita di kaunter tiket tersebut, kenapa tiket ini tiada nombor tempat duduk? Dia ketawa sambil berkata 'no seat, you standing'.
Masa yang ada, saya sempat ke kedai serbaneka 7 Eleven yang terletak di sebelah stesen dan beli beberapa kudapan dan air mineral. Tandas di stesen kereta api Lopburi juga bersih dan bayaran masuk dikenakan 3 Baht (0.40 sen).
Kereta api pulang ke Bangkok sedikit lewat. Daripada 2.20 tengah hari yang tertera di tiket, kini bertukar jam 3.45 petang. Ada baiknya anda beli kudapan untuk alas perut.
Kereta api tiba, saya ingatkan tak ramai orang tapi rupanya penuh! Saya dan teman berdiri hampir satu jam dan apabila kereta api berhenti di stesen Rangsit, ada ramai turun dan akhirnya kami boleh duduk sehingga Bangkok.
Namun, jika anda ternampak orang tua, ibu mengandung, kanak-kanak dan sami, anda perlu berikan kerusi kepada mereka yang diberikan keutamaan ini. Saya tiba di Hua Lamphong hampir jam 5.30 petang.
Jika anda ingin ke sini, pastikan anda beli tiket kapal terbang pada November, Disember dan Januari sahaja untuk melihat mekarnya bunga matahari. Selain daripada tiga bulan ini, pasti anda hampa jika sampai ke Lopburi, bunga matahari layu.
Kalau anda sejenis tak tahan panas, sila bawa payung atau topi dan jangan lupa sapu krim penabir suria. Pakaian kena yang selesa dan bawa air ketika berada di sana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

gempak
20/10/2024
07:55 MYT
Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Berita

Rakyat Malaysia Digesa Berjaga-Jaga Jika Bercuti Ke Selatan Thailand Sempena Deepavali - Razarudin

gempak
14/10/2024
09:25 MYT
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke sempadan Thailand diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan tujuh serangan dan pengeboman di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu.
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Berita

Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

gempak
05/09/2024
15:55 MYT
Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder.
Viral

Nak Balik Rumah Peranginan, Rumah Peranginan Lesap

gempak
28/08/2024
18:55 MYT
Tak sampai sebulan selepas melawat rumah peranginan, tahu-tahu rumah tersebut lesap begitu sahaja.
BorakSeeni