Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GempakWrapped2022: Bahagia Tidak Selamanya, Ini 10 Artis Yang Berpisah Tahun 2022

Syafiqah Jalal
31/12/2022 14:51 MYT
Setiap pasangan yang bercinta lebih-lebih lagi sudah berkahwin pasti mengharapkan hubungan yang dijalin akan sentiasa bahagia dan berpanjangan hingga selamanya.

Namun setiap jodoh dan pertemuan itu semua ditangan Tuhan, kita hanya mahu merancang hanya Maha Esa yang menentukan segalanya.

Begitu juga dengan kehidupan selebriti, mereka juga manusia biasa ada masa bahagia ada masa tidak sempurna seperti yang dijangka.

Bagi penutup tahun 2022 ini, Gempak imbau kembali 10 kisah percintaan dan perkahwinan selebriti yang berakhir dan terpaksa berpisah membawa haluan masing-masing.

#1 Mizz Nina & Noh Salleh


Selepas pelbagai spekulasi dibuat tentang rumah tangga mereka, akhirnya perkahwinan pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh berakhir setelah 11 tahun hidup bersama.

Pasangan ini mengumumkan perceraian mereka di media sosial masing-masing pada 4 Ogos lalu. Berita itu mengejutkan dan membuat ramai netizen tidak menyangka dan melahirkan rasa simpati terutama kepada Mizz Nina.

Malah pasangan ini baru sahaja mengambil anak angkat bernama Musa tahun lalu memandangkan mereka tidak dikurniakan anak sepanjang perkahwinan. Namun difahamkan hubungan mereka baik demi memberi penuh kasih sayang kepada Musa.

BACA: Mizz Nina & Noh Salleh Sah Bercerai Minta Hormati...

#2 Ellie Suriaty & Azri Iskandar


Tiada angin tiada ribut, pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mengumumkan dia dan aktor Ezri Iskandar telah pun sah bercerai selepas 19 tahun mahligai yang dibina.

Perceraian itu dimumkan selepas Ezri melafazkan talak di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu.

Namun Ellie mula mengbongkar sikap suaminya dan satu persatu kisah kecurangan suaminya ketika mereka bersama didedahkannya oleh pihak lain.

Beberapa minggu selepas itu, Azri umum hendak berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Dr Azra selepas mengikat tali pertunangan pada 23 Jun. Namun sehingga kini berita perkahwinan itu senyap begitu sahaja.

Ellie dan Azri berkahwin pada 2003, dan hasil perkahwinan tahun itu, mereka dikurniakan dua anak, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.

BACA: "Azri Iskandar Mudah Kahwin Dengan Saya, Cerai Pun Mudah"- Ellie Suriaty

#3 Nad Zainal & Faliq


Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, aktres Nad Zainal mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Muhammad Faliq Amiruddin terlerai, sebelum mendedahkannya pada awal September lalu.

Spekulasi mula tercetus apabila semakan dalam Instagram milik pelakon Cina Buta itu mendapati tiada lagi foto bersama Muhammad Faliq.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin mengakui, ikatan perkahwinan sudah terlerai, namun, enggan mendedahkan tarikh berpisah.

Terkini selepas sebulan bertarung nyawa akibat komplikasi jantung dia dikatakan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Ungku Ismail. Pelakon lelaki itu antara kenalan rapatnya yang mengemas kini keadaaannya ketika dia berada di hospital.

BACA: Nad Zainal Bercerai Selepas 7 Tahun Bersama

#4 Shila Amzah & Haris Idraki Elias


Penyanyi Shila Amzah mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Haris Idraki Elias, pada 8 Febuari 2022. Berita tersebut turut dikongsi Shila menerusi laman sosial Instagram (IG)nya. Shila dan Haris mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.

Kini bintang Gegar Vaganza 2022 itu dikaitkan dengan penyanyi Amir Masdi apabila didakwa menjalinkan hubungan istimewa. Namun Amir menafikannya.

BACA: Shila Amzah Bercerai Selepas...

#5 Janna Nick & Dini Schatzmann


Putus cinta atau gimik promosi lagu terbaharu? Hanya pasangan Janna Nick dan Dini Schatzmann sahaja tahu perkara sebenar.

Namun kisah putus cinta ini tercetus selepas Janna sendiri menerusi akaun Instagram miliknya memuat naik kata-kata patah hati dan mula menimbulkan tanda tanya mengenai hubungan mereka

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya.

Pasangan itu terus berteka-teki sehingga ada yang mendakwa ia hanya gimik kerana masih ternampak pasangan ini bersama di luar.

Hubungan cinta mereka mekar selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.

BACA: Janna Nich Bawa Diri Ke Itali & Duduk Di Bilik Yang...

#6 Sharifah Sakinah & Michael Hensen


Pelakon Sharifa Sakinah telah memuat naik kepsyen menimbulkan penuh tanda tanya mengenai rumah tanggganya dengan Michael Hensen pada Oktober lalu. Rata-rata menyangka mereka sudah bercerai.

Namun Sakinah tampil mengakui masih mencintai suaminya itu dan berkemungkinan kembali ke pangkuan Michael tetapi bukan dalam masa terdekat. Tambahnya, dia dan Michael mempunyai tanggungjawab untuk menjaga anak-anak hasil perkahwinan terdahulu.

Malah, Sharifah Sakinah turut menegaskan bahawa mereka masih suami isteri dan tidak bercerai tetapi hanya berpisah. Disebabkan konflik ini, Sharifah Sakinah mengatakan dia terpaksa melupakan keinginan untuk menimang cahaya mata lagi.

Sharifah Sakinah dan Michael mendirikan rumah tangga pada hujung 2020.

BACA: "The End..."- Sharifah Sakinah

#7 Afdlin Shauki & Maria


Siapa sangka rumah tangga pelakon Datuk Afdlin Shauki bersama isterinya, Datin Maria Christina Orow Abdullah selama 25 tahun ‘runtuh’ berderai selepas mereka sebenarnya sudah pun bercerai sejak April lalu.

Perceraian tersebut didedahkan sendiri isterinya, Maria apabila memaklumkan rumah tangga yang dibina bersama Afdlin sebenarnya telah berakhir sejak Ramadan lalu.

Difahamkan, hubungan antara kedua-dua mula bermasalah sejak tempoh pandemik sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada April lalu.

Afdlin dan Maria mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

BACA: Afdlin Shauki Dedah Sebab Bercerai

#8 Siti Saleha & Lutfi


Pelakon Siti Saleha sah bercerai dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, pada 16 Januari 2022.

Saleha akui perceraian itu berlaku secara baik dan reda jodohnya dengan Ahmad Lutfi hanya bertahan selama empat tahun.

Pasangan berkenaan melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Namun terbaharu, Saleha dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka.

BACA: Sah Bercerai, Siti Saleha Reda Bila...

#9 Bad Indigo & Ashira Aziz


Pasangan penyanyi, Bad Indigo dan Ashira Aziz mengumumkan perceraian mereka melalui hantaran video di Instagram (IG), 23 Jun 2022.

Melalui video kira-kira dua minit itu, Bad dan Ashira masing-masing tenang mengumumkan perpisahan mereka.
Bad atau nama sebenar, Badrul Izhan Yeop Abdullah, 47, mengesahkan mereka bercerai, bagaimanapun, tidak berkongsi butirannya.

Bad dan Ashira berumah tangga pada 11 Mac tahun lalu selepas bertemu ketika menyertai musim ketujuh program realiti, Gegar Vaganza (GV7).

BACA: Bad Indigo Tak Jujur Dari Mula Awal Kahwin

#10 Afieq Syazwan & Wanie Kyrie


Afieq Shazwan yang juga penyanyi, pelakon dan pengacara mendedahkan dia kini menutup pintu hatinya untuk bercinta selepas 'kecewa' apabila hubungan istimewa dijalin dengan Wani Kyrie menemui titik noktah.

Sebelum ini, hubungan rapat yang dilabel 'teman tapi mesra' di antara Afieq dan Wani terjalin apabila mereka menyertai Big Stage musim pertama pada 2018 lalu.

Bermula dari situ, kedua-duanya umpama belangkas termasuk Afieq juga pernah menjadi model muzik video lagu Magika nyanyian Wani pada 2019. Begitu juga, mereka berganding menjadi pengacara di Didik TV.

BACA: Kisah Cinta Afieq Shawan & Wani Berputik
#Artis #Berpisah #Bahagia #Tahun #2022 #GempakWrapped2022 #Selamanya #Tidak
;