Boleh dikatakan ramai pasangan selebriti dikurniakan cahaya mata sepanjang tahun 2022 terutamanya yang menyambut kelahiran zuriat pertama.

Jom kita semak semula senarai selebriti yang melahirkan anak pada tahun 2022.

Neelofa & Haris Ismail (Muhammad Bilal)

Selebriti Neelofa selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 29 Januari 2022 pukul 3.44 petang di sebuah pusat perubatan. Kehadiran putera sulung pasangan selebriti yang diberi nama Muhammad Bilal menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Malah, nama Bilal menjadi bualan di laman sosial sepanjang tahun berikutan wajahnya hanya didedahkan selepas berusia 10 bulan.

Intan Ladyana & Harris Alif (Eviee Khadeeja)

Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan anak pertama pada 1 Februari 2022. Berita tersebut dikongsikan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi Harris Alif menerusi satu hantaran Instagram.

Selepas dua bulan menimang cahaya mata, pasangan selebriti itu akhirnya berkongsi wajah cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Eviee Khadeeja.

Ernie Zakri & Syamel (Nur Khawla Soleha)

Pasangan selebriti terkenal Ernie dan suaminya, Syamel menyambut kelahiran puteri sulung mereka pada tarikh yang cantik iaitu 22 Februari 2022.

Penyanyi yang mempunyai vokal hebat itu melahirkan puterinya secara pembedahan di sebuah pusat perubatan. Selepas tujuh hari, pasangan itu berkongsi nama anak perempuan mereka iaitu Nur Khawla Soleha.

Datuk Jamal Abdillah & Datin Zai Izzati (Iskandar Rayyan Yamani)

Tarikh 22 Februari 2022 juga cukup bermakna buat penyanyi Datuk Jamal Abdillah apabila isterinya iaitu Datin Zai Izzati selamat melahirkan anak kelima mereka.

Tidak mengambil masa lama, pada hari yang sama juga Jamal berkongsi nama bayi lelakinya iaitu Iskandar Rayyan Yamani.

Kaka Azraff & Adam (Aryan)

Penyanyi Kaka Azraff selamat melahirkan bayi lelaki kedua yang diberi nama Aryan pada 22 Februari 2022. Kaka berkongsi berita gembira itu di media sosial dengan meluahkan rasa syukur proses bersalin berjalan lancar.

Mira Filzah & Wan Emir (Wan Khair Amir)

Selebriti terkenal Mira Filzah selamat melahirkan putera sulungpada tarikh sama sepertinya iaitu 9 Syawal bersamaan 10 Mei 2022 pada pukul 3.40 pagi.

Mira dan suaminya Wan Emir Astar memilih nama Wan Khair Amir untuk cahaya mata pertama mereka.

Raja Ilya & Garrett (Talita Love)

Selepas empat tahun berkahwin, pelakon Raja Ilya akhirnya bergelar ibu apabila selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi perempuan yang diberi nama Talita Love pada 2 Julai 2022.

Mona Allen & Pekin Ibrahim (Petra Pekin)

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti Mona Allen dan Pekin Ibrahim dikurniakan cahaya mata pada 31 Ogos 2022 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang 65 tahun.

Putera sulung mereka yang diberi nama Petra Pekin itu dilahirkan di pusat perubatan di Puchong, Selangor.

Tasha Shilla & Muhammad Atiq Idris (Nyla Kaadira)

Pelakon Tasha Shilla dikurniakan cahaya mata kedua pada 5 September 2022 dan aktres itu melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Nyla Kaadira secara pembedahan.

Uyaina Arshad & Raja Shahiran (Raja Urhan)

Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Shahiran diberikan rezeki awal apabila putera sulung mereka yang diberi nama Raja Urhan selamat dilahirkan pada 8 September 2022 selepas sembilan bulan berkahwin.

Usop & Fatihah (Muhamad Saif Umar)

Isteri kepada penyanyi Usop, Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Muhammad Saif Umar pada 25 November 2022.

Sheryl Shazwanie & Azzam Sham (Azzalea Safiyya)

Penyanyi Sheryl Shazwanie melahirkanbayi perempuan seberat 2.89 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya pada 27 November 2022 dan suaminya yang juga penyanyi Azzam Sham turut berkongsi nama anak mereka iaitu Azzalea Safiyya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.