gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kematian Aktres Lee Seo Yi Baru Diumum, Sudah 10 Hari Meninggal Dunia
HIBURAN
“Bayangkan Awak Lemparkan Kebencian Terhadap Saya…” - Marissa Dania
HIBURAN
Dikritik Tak Layak Ganti Awal Ashaari Dalam ‘Impak Maksima 2’, Ini Respons Arfie Shah - “Sudah Pasti Satu Tekanan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

#GempakWrapped2024: 2025 Dalam Radar! Aina Abdul, Amir Ahnaf, Keluang Man, Anna Jobling Diramal Bakal Terus Mendonia Tahun Depan

Amri Hassan
Amri Hassan
31/12/2024
12:40 MYT
Sponsor Banner
#GempakWrapped2024: 2025 Dalam Radar! Aina Abdul, Amir Ahnaf, Keluang Man, Anna Jobling Diramal Bakal Terus Mendonia Tahun Depan
Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, membawa bersama pencapaian hebat dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan dalam dunia hiburan Malaysia.
Namun, sorotan kini beralih ke tahun 2025, yang dijangka menjadi lebih besar dan lebih gemilang.
Dari bintang-bintang yang sedang bersinar terang hingga karya-karya yang dijangka mencetus fenomena, industri hiburan tanah air terus menawarkan sesuatu yang segar dan luar biasa.

#1 Aina Abdul

Setelah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2024, Aina Abdul dijangka akan terus melangkah jauh pada tahun 2025. Aina diramal akan mencipta kejayaan dengan menerusi pentas Anugerah Juara Lagu.
Dan tidak mustahil Aina bakal muncul dengan pelbagai karya hebat serta kolaborasi dengan penyanyi-penyanyi bertaraf antarabangsa.

#2 Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sebagai ikon seni negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijangka membuat beberapa siri konsert mega bertaraf antarabangsa tahun depan.

#3 Anna Jobling

Nama yang semakin laris diperkatakan terutamanya di negara jiran Indonesia. Beberapa naskhah lakonannya bakal diterbitkan pada tahun 2025, mengukuhkan jenamanya di negara luar Malaysa. Anna berpotensi menjadi salah satu bintang besar pada tahun mendatang.

#4 Pelakon lelaki kacak, Amir Ahnaf, Jazmy Juma, Hun Haqeem

Rentetan daripada kejayaan filem box office Kahar: Kapla High Council, pelakon baru Amir Ahnaf antara nama yang diintai untuk pelbagai naskhah hebat tahun 2025. Selain itu, nama-nama seperti Hun Haqeem dan Jazmy Juma turut disebut bakal memberi saingan sengit tahun depan.
Siapa di antara mereka yang bakal menjadi hero nombor satu? Kita tunggu dan lihat!

#5 Keluang Man

Filem live action adaptasi animasi terkenal Keluang Man yang lama dinantikan diramal akan menjadi fenomena besar tahun 2025. Dengan penggunaan teknologi CGI yang lebih canggih dan jalan cerita yang relevan dengan penonton masa kini, ia berpotensi menjadi ikon baharu di sinema Malaysia.

#6 Filem-filem seram tempatan

Filem seram seperti 'Munafik' telah membuka jalan bagi genre ini untuk terus bersinar. Tahun 2025 kemungkinan besar akan menghadirkan filem seram baru yang lebih hebat. Naskhah-naskhah seram antaranya Bisikan Dosa, Dajal, Indera dan Khawarij dijangka akan menghantui penonton di pawagam tahun depan.

#7 One Cent Thief 2

Siri "One Cent Thief" lakonan Syafiq Kyle dan Azira Shafinaz yang berjaya menarik perhatian penonton pada musim pertamanya diperkirakan akan kembali dengan musim kedua yang lebih mendebarkan. Dengan plot yang semakin rumit dan watak yang berkembang, siri ini akan menjadi salah satu tontonan wajib pada tahun 2025.

#8 Pendatang baharu

Beberapa nama pendatang baharu dunia seni juga antara disebut bakal menyinar tahun hadapan. Antaranya Erysha Emyra, Trisha Ooi, Ezzanie Jasny, Tracie Sinidol dan Danial Kifli.
Tahun 2025 menjanjikan banyak hal menarik di dunia hiburan Malaysia. Dari wajah-wajah baru yang bersinar hingga karya-karya inovatif yang mencabar batas kreativiti, industri ini terus berkembang dan menawarkan sesuatu yang segar untuk dinikmati oleh penonton.
Kita semua menantikan siapa saja yang akan menjadi bintang baru dan apa saja cerita yang akan menginspirasi kita di layar lebar dan kaca.
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#Anna Jobling
#Aina Abdul
#Ramalan
#Amir Ahnaf
#GempakWrapped2024
#Rangkuman
#Prediksi
#Yearender
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement