Hiburan

#GempakWrapped2024: Bina Mahligai! Marissa Dania, Sean Lee, Syasya Rizal, Siti Jamumall Antara Kisah Bahagia Diteropong Netizen

gempak
Amri Hassan
30/12/2024
03:49 MYT
Sponsor Banner
#GempakWrapped2024: Bina Mahligai! Marissa Dania, Sean Lee, Syasya Rizal, Siti Jamumall Antara Kisah Bahagia Diteropong Netizen
Kisah pasangan selebriti yang memaknai cinta dengan ikatan tulus sebuah perkahwinan antara yang menyorot perhatian wargamaya tahun ini.
Beberapa kisah pasangan yang 'tiba-tiba' berkahwin juga menjadi bualan ramai.
Jom imbas semula pasangan selebriti yang memilih jalan bahagia sepanjang tahun ini.
1. Ina Naim & Mohd Khairul Rizal
Bekas penyanyi dan balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim, telah melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor, seorang jurutera berusia 41 tahun, pada 8 November lalu.
Perkenalan bermula pada Mei dan Ina memilih untuk berkahwin demi masa depan anak-anaknya. Suami barunya juga pernah menjadi peminat arwah Suhaimi, menjadikan perhubungan ini lebih bermakna.
2. Marissa Dania & Aslam
Anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania dilaporkan telah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember 2023.
Perkahwinan ini berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Misya Mazlan, yang ketika itu sedang menunaikan umrah.
Kisah perkahwinan pasangan ini antara yang terhangat sepanjang tahun ini apabila timbul pelbagai spekulasi dan dakwaan daripada pelbagai pihak.
Marissa mengalami keguguran pada Ogos 2024 ketika kandungannya berusia enam bulan.
3. Syasya Rizal & Nasrullah
Selepas keluar daripada Dolla, Syasya Rizal mengumumkan telah berkahwin dengan Nasrullah Mohd Sapie pada 21 April.
Selepas berkahwin, Syasya tampil berhijab, mencerminkan perubahan positif dalam kehidupannya.
4. Shakilla Khoriri & Mohd Fariz Zulkepley
Pelakon Shakilla Khoriri telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd Fariz Zulkepley dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam pada 24 Februari.
Shakilla memohon maaf kepada media kerana tidak memberikan maklum balas segera mengenai pernikahannya, menyatakan keperluan untuk menjaga privasi dan perasaan anak perempuannya, Ameena Sofia, yang kini berusia lima tahun.
Sebelum ini, Shakilla pernah berkahwin dengan penyampai radio Fizi Ali pada Januari 2018 dan bercerai pada Disember 2021.
5. Siti Jamumall & Aiman
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Siti Jamumall telah melangsungkan perkahwinan dengan personaliti media sosial, Aiman Tak Kesah di Satun, Thailand, pada 1 Jun.
Sebelum ini, Siti Jamumall merancang untuk bernikah dengan seorang lelaki lain pada 31 Mei, namun majlis tersebut dibatalkan dua hari sebelum tarikh tersebut atas faktor peribadi, menyebabkan kerugian sekitar RM70,000.
Keputusan untuk bernikah di Thailand dibuat bagi mempercepatkan proses pernikahan tanpa gangguan.
Siti Jamumall pernah mendirikan rumah tangga pada 2019 dan bercerai pada Disember 2022, dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3.
6. Redza Rosli & Bella Hanna
Pelakon Redza Rosli selamat bernikah dengan pelakon dan pengacara Hlive, Bella Hanna pada 21 Jun di Forest Valley Hall, Cheras, Kuala Lumpur, dengan dihadiri kira-kira 300 tetamu, termasuk keluarga, rakan terdekat, dan rakan selebriti.
Menariknya, mereka tidak pernah secara rasmi mengisytiharkan hubungan cinta sebelum berkahwin, keputusan untuk bernikah dibuat selepas Redza tergerak hati melamar Bella ketika mereka keluar makan.
7. Pevita Pearce & Mirzan Meer
Pelakon popular Indonesia, Pevita Pearce berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia, Mirzan Meer pada 20 Oktober dalam majlis tertutup di Kuala Lumpur.
Perkahwinan ini mengejutkan ramai kerana hubungan mereka tidak pernah didedahkan sebelum ini.
8. Jeslina Hashim & Tunku Eddy Nasruan Adil
Penyanyi dan pelakon, Jeslina Hashim telah mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar pada 10 Ogos dalam majlis tertutup di Kuala Lumpur.
Pasangan ini bercinta selama lapan tahun sebelum berkahwin.
Jeslina sebelum ini pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 dan bercerai pada Mac 2013. Mereka dikurniakan dua anak, Micah dan Keira.
9. Afifah Nasir & Syed Hariz
Pelakon Afifah Nasir selamat bernikah dengan Syed Hariz pada 5 Mei dalam majlis tertutup di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur selepas bertunang pada Februari lalu.
Menariknya, Afifah mengenakan gaun pengantin putih rekaan pereka fesyen antarabangsa, Zuhair Murad.
10. Tyra Kamaruzzaman & Emran Rijal
Usahawan dan pempengaruh media sosial Tyra Kamaruzzaman selamat diijabkabulkan dengan pereka fesyen Emran Rijal pada 3 Mei 2024.
Pasangan ini bertunang selama enam bulan sebelum pernikahan, dan hubungan mereka mula menjadi perhatian umum sekitar September 2023.
Majlis resepsi mereka diilhamkan daripada tema Puteri Gunung Ledang, menampilkan dekorasi berunsurkan alam semula jadi dan tradisional Melayu.
11. Atikah Suhaime & Datuk Lokman Teh
Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Lokman Teh dengan sekali lafaz pada 21 Januari selepas bertunang pada Disember 2023.
12. Sean Lee & Bay Doucet
Sean Lee dan Bay Doucet, pasangan selebriti, mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2024 setelah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Majlis perkahwinan diadakan secara tertutup dengan sekitar 200 tetamu. Kek perkahwinan mereka menjadi perhatian, dihiasi 5 kilogram strawberi dari Amerika Syarikat.
Sean menyatakan hubungan mereka didasari prinsip "date to marry" dengan komitmen dan kesabaran. Selepas berkahwin, mereka kerap berkongsi momen manis, termasuk sambutan ulang tahun Bay dengan menikmati durian. Pasangan ini memilih menjaga privasi, menghormati keluarga, dan fokus pada kebahagiaan bersama.
13. Sarah Suhairi & Aswad
Penyanyi Sarah Suhairi, 24, sah bergelar isteri kepada pensyarah UTM, Aswad Anuar, 39, dengan sekali lafaz pada 26 Julai 2024. Majlis berlangsung di Hulu Langat, Selangor, dengan tema serba putih, dihadiri keluarga dan rakan artis.
Sarah dan Aswad, yang berkongsi minat dalam sukan berkuda, mula berkenalan pada 2020 dan bertunang pada Januari 2024. Aswad, seorang duda dengan tiga anak perempuan, diterima baik oleh Sarah yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu tiri.
Pada hari sama, Sarah melancarkan single baharu "With You", menampilkan suaminya dalam muzik video.
14. Kim Raymond & Zahir Omar
Pada 24 Oktober lalu, bekas isteri Keith Foo iaitu Kim Raymond dilaporkan telah memeluk Islam di Markas Al-Khadeem, Kampung Sungai Kayu.
Kim kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Zahir Omar pada 12 Disember lalu.
Imbas kembali, Kim dan Keith pernah mendirikan rumah tangga pada November 2015 namun, mereka bercerai pada Disember 2019.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Skylar Raymond.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024