Laman Utama

“Generasi Muda Kena Hormati Ilmu Kalau Nak Jadi Anak Seni Yang Berkualiti, Bukan Main Masuk Lontarkan Dialog Saja!” – Ogy

Fiza Kamarudin
23/11/2021
13:50 MYT
Pelakon dan pengarah popular, Fauziah Datuk Ahmad Daud menegur pelakon generasi muda supaya menghormati dan menghargai ilmu jika mahu menjadi anak seni berkualiti.
Fauziah atau lebih mesra dipanggil Ogy berkata, berlakon bukan sekadar masuk ke set dan lontarkan dialog semata-mata.
Sebaliknya lakonan ada ekspresi jiwa dan seni yang mahal.
"Lakonan adalah seni ekspresi jiwa. Tiba masanya orang menyedari lakonan adalah seni yang mahal, bukan seni yang main masuk dan lontarkan dialog sahaja, ia bukan begitu.
"Saya percaya, kita tidak boleh menjadi pelakon hebat dalam masa tujuh hari. Seseorang kena belajar mengenali dan memahami apa itu seni sebelum menjadi bintang.
“Hormati dan hargailah ilmu," katanya pada sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, menerusi topik Aku Pelakon Terbaik pada Sabtu lalu.
IG Live Bersama Penggiat Seni anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem (Finas) itu diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember ini.
Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain itu, beberapa sesi IG Live disertai pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula kelmarin hingga 29 November depan.
Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin. Manakala topik How To Make A Drama Go Viral - The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.
Dalam perkembangan lain, Ogy turut berkongsi mengenai buku berjudul Mencari Noriah yang akan dilancarkan pada Januari depan.
Difahamkan buku Mencari Noriah adalah mengenai lakonan dan Ogy merupakan pelakon pertama yang menghasilkan buku berkaitan cabang seni terbabit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Isu Parking Van Seniman Di Finas Akhirnya Selesai, Zed Zaidi : “Selepas Membuat Bantahan Kenderaan Itu…”

gempak
12/02/2023
04:50 MYT
Alhamdulillah...
Laman Utama

“Saya Tak Cakap Pun Saya Nak Menikah” - Fauziah Ahmad Daud

gempak
05/12/2022
08:44 MYT
Ogy takda cakap pun...
Laman Utama

Penonton Nak Tengok Pelakon Cantik & Berbakat! Tapi Apa Pendirian Noorkumalasari, Sharifah Rose & Hariz Hamdan?

gempak
15/11/2022
05:45 MYT
Sesi forum berjudul Antara Cantik dan Bakat? Di Manakah Pengukuh Kredibiliti? dianjurkan oleh WHAM
Laman Utama

“Penantian 15 Tahun Saya Berhasil Juga…” - Remy Ishak Menggeletar Julang Trofi FFM 31

gempak
11/12/2021
00:30 MYT
Tahniah Remy, rezeki pengantin baru hehehe
Laman Utama

#FFM31: Bolot 5 Trofi, Roh Menang Filem Terbaik! Zul Ariffin & Remy Ishak Pula Gondol …

gempak
10/12/2021
16:31 MYT
Tahniah para pemenang! Amboi kemain senyum abang Remy dengan Zul hehehe.