Viral

Gerakan Blockout 2024 Ada Akaun IG, Senaraikan Artis Tempatan Yang Perlu & Tak Perlu Diboikot

gempak
Firdaus
15/05/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Gerakan Blockout 2024 Ada Akaun IG, Senaraikan Artis Tempatan Yang Perlu & Tak Perlu Diboikot
Gerakan Blockout 2024 yang tercetus baru-baru ini berjaya menguasai media sosial.
Kempen yang berasal dari luar negara itu merupakan salah satu cara menunjukkan sokongan terhadap negara Palestin dengan cara memboikot selebriti-selebriti atau pempengaruh yang tidak menggunakan medium tersebut sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.

Ada Akaun IG Sendiri

Terkini, kempen yang juga sudah sampai ke Malaysia itu turut mempunyai laman Instagram sendiri bagi tujuan memberi informasi terhadap netizen tentang artis-artis tempatan yang perlu diboikot atas dasar berdiam diri berkaitan kekejaman di Palestin atau pun bekerjasama mempromosikan produk-produk yang didakwa memberi sumbangan terhadap Zionis.
Bukan itu sahaja, turut dapat dilihat laman Instagram berkenaan menunjukkan beberapa selebriti seperti Daiyan Trisha, Nadia Brian dan Fazura yang menunjukkan sokongan terhadap negara yang terletak di Asia Barat itu.

Ikut IG Luar Negara

Berdasarkan penelitian, laman Instagram yang dinamakan sebagai @blockout2024my merupakan ikutan daripada akaun Instagram asal gerakan berkenaan iaitu @blockoutnow yang menyenaraikan artis-artis dunia yang perlu disekat dan diboikot atas dasar sama.
Mempunyai lebih daripada 11,000 pengikut, akaun Instagram @blockoutnow turut menyediakan link untuk orang ramai menderma kepada Palestin.
Terdahulu, gerakan itu berjaya memberi impak terhadap ramai pempengaruh dan selebriti apabila majoriti mula bersuara dan memuat naik berkaitan Palestin.
Selain itu, ada juga selebriti yang mengeluarkan kenyataan menjelaskan hal sebenar di sebalik kerjasama dengan produk yang dikatakan memberi sumbangan terhadap Israel.

BERITA TRENDING: Block & Unfollow Artis, Apa Itu Kempen Blockout 2024?

Sekadar info, setakat ini difahamkan lebih 30,000 penduduk Palestin telah dibunuh oleh Zionis sejak pertempuran yang berlaku pada 7 Oktober lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live