Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Get Ready...Azizulhasni Bakal Dedah Basikal Untuk Dibawa Ke Tokyo Hari Ini!

Asraf Aided
20/07/2021 23:40 MYT
Pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan berangkat ke Jepun bagi mewakili Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo empat hari sahaja lagi.

Justeru, Azizulhasni berharap segala proses persiapan ke negara matahari terbit itu berjalan lancar.

"Kini tinggal 5 hari buat pasukan kami sebelum terbang ke Tokyo untuk menghadapi temasya sukan terbesar di dunia.

"Saya harap dalam baki hari tersebut, segala persiapan akan terus berjalan lancar buat kami semua," kongsinya di Instagram malam tadi.

Dalam pada itu, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman turut memaklumkan beliau akan mendedahkan basikal yang akan dibawa ke Tokyo hari ini.

"Kepada rakan-rakan di luar sana, esok (hari ini) saya akan mendedahkan basikal baru yang saya akan gunakan di temasya nanti.

"Jangan lupa untuk saksikan," kongsinya lagi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)


Temasya Sukan Olimpik Tokyo akan membuka tirai 23 Julai ini.

Terdahulu, Azizulhasni bersama seorang lagi pelumba negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom layak dalam acara keirin dan pecut individu secara merit di Tokyo 2020.

Di Sukan Olimpik Rio 2016, Azizulhasni melakar sejarah sebagai pelumba basikal pertama untuk meraih pingat di Olimpik, selepas memenangi pingat gangsa menerusi acara keirin.

#The Pocket Rocketman #Olimpik #Tokyo #2021 #AzizulHasni #Pelumba Basikal Negara