Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
ARTIS KOREA

Get Ready Guys! Bertukar Jadi Gumiho, Lee Dong Wook Kembali Dengan Drama Baharu

Mya Amri 28/08/2020 | 13:40 MYT

Pelakon terkenal Korea Lee Dong Wook kembali dengan drama baharu berjudul Tale of The Nine Tailed.

Tale of The Nine Tailed merupakan drama fantasi yang menuntut Dong Wook untuk memegang watak sebagai gumiho (musang jadian) bernama Yi Yeon.

Melihat pada poster drama yang dikeluarkan oleh tvN, ternyata potret yang merakamkan wajah Dong Wook dalam warna hitam putih itu sudah cukup memberikan aura misteri.

Tambahan pula bait ayat pada poster yang bertulis “Adakah anda benar-benar mahu menyaksikannya? Kehidupan di dunia saya” juga menimbulkan perasaan ingin tahu peminat terhadap karakter Yi Yeon.

Tale of the Nine Tailed dijadualkan bertemu peminat bermula 7 Oktober depan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

#Artis Korea #Lee Dong Wook