Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gigi Jarang Sampai Boleh Selit Straw, Bella Dowanna Dua Kali Pakai Braces

Amri Hassan
13/01/2021 12:25 MYT
Pelakon muda Bella Dowanna Halim akhirnya menanggalkan pendakap gigi yang dipakai sejak berusia 12 tahun.

Cerita Bella, 18, sepanjang tempoh itu dia terpaksa memakai pendakap gigi sebanyak dua kali kerana masalah susunan gigi.

"Akhirnya saya sudah membuka pendakap gigi. Sumpah lama gila pakai, sejak saya berumur 12 tahun lagi.

"Gigi saya jarang sampai boleh selit straw dekat tengah-tengah gigi tu.

"Saya dua kali pakai pendakap gigi okey. Ada gigi hilang entah ke mana, bila x-ray baru jumpa. Buat pembedahan untuk tarik gigi turun dan ingatkan semuanya sudah okey, tapi bila buka gigi jarang balik dan finishing tak cantik," ujarnya yang sebelum ini memakai pendakap gigi di klinik kerajaan.

Kali kedua Bella memakai pendakap gigi untuk kelihatan lebih tersusun rapi dan cantik.

"Kalau dulu masalah gigi tak turunlah, gigi hilanglah tapi kali ini lebih kepada estetik.

"Saya buat frenectomy dan gingivectomy. Gingivectomy untuk buang gusi sikit dekat gigi untuk bagi nampak gigi lebih sikit and

"Frenectomy untuk elakkan gigi depan tu jarang balik sebab sebelum ni lepas buka first braces terus jarang.

"Tambah pula saya pernah buat permanent retainer belakang gigi jadi lebih selamat kalau saya lupa pakai retainer yang transparent tu.

"Namun, saya masih perlu pakai retainer walaupun tiada masalah," tambahnya.

A post shared by Bella Dowanna Halim (@belladowanna_halim)


Pelakon filem M4M4 itu berpuas hati biarpun perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan gigi yang cantik.

"Tak tahu la macam mana nak jelaskan berapa lama tunggu untuk gigi cantik ni tapi apa yang bole saya katakan saya sangat sukakan hasilnya," kata Bella lagi.
#pelakon #Bella Dowanna #Braces
;