Laman Utama

“Gila Ke Doktor, Pakai Satu Pun Dah Lemas” – Jangan Khuatir, Ini Dr Say Jelas Kebaikan Double Face Mask

gempak
Mya Amri
24/05/2021
14:23 MYT
Sponsor Banner
“Gila Ke Doktor, Pakai Satu Pun Dah Lemas” – Jangan Khuatir, Ini Dr Say Jelas Kebaikan Double Face Mask
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril menerangkan keberkesanan pemakaian dua pelitup muka seperti yang disarankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi akaun Instagramnya, Dr Say juga berkongsi maklumat berkenaan dengan topik yang menjadi perbualan hangat netizen itu.
“Baru-baru ni DG ada buat sidang media memakai dua pelitup muka, kemudian ramai yang beranggapan “DG pakai dua pelitup muka? Ini dah serius”.
“Senang kata apa yang DG buat patut kita contohi dan apa yang Nilopa buat patut kita jauhi (niqab tanpa memakai pelitup muka pfft).
“Ada alasan kukuh disebalik pemakaian dua pelitup muka. Baru-baru ini Centers for Disease Control and Prevention (CDC) ada melakukan satu kajian yang mana dengan memakai dua pelitup muka dapat menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka.
“Gila ke doktor? Saya pakai satu pelitup muka pun lemas, inikan dua? Mampuih”. Sabar, saya tak habis cerita lagi.
“CDC tidak merujuk kepada pakai dua surgical mask serentak. Akan tetapi kajian mereka merujuk kepada pemakaian pelitup muka kain di atas surgical mask (macam dalam gambar saya).
Dua pelitup muka dapat filter 85.4% of particles manakala penggunaan satu surgical mask filter 56.1% dan cloth mask filter 51.4% of particles. Tapi kalau ampa pakai mask N95, tak perlu gandakan pun sebab N95 filter 95% of particles.
“Ada yang melatah cakap “nanti mati bergelimpangan ramai-ramai tepi jalan sebab sesak nafas, pelitup muka tebal naw”.
“KKM tak wajibkan pun gandaan pelitup muka ni cuma kepada mereka yang nak amik extra precaution, double mask’s efficiency has been validated by CDC.
“Terpulang nak gandakan atau tidak. Kalau kita pandai jaga penjarakan fizikal, pandai duduk rumah, pandai patuh SOP, single mask pun sudah mencukupi.
“Tapi kalau yang nak perlindungan lebih, memandangkan kes sangat rampant sekarang, silakan. Stay safe & take care peeps,” coretnya
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka tambahan selapis lagi untuk lebih meminimumkan risiko dijangkiti COVID-19.
BACA: Ikut Jejak Langkah Dr Noor Hisham, Orang Ramai Digalakkan Memakai 'Double Mask'
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live