HIBURAN
Giliran Amira Othman Tunai Umrah, Pilih 10 Malam Terakhir Ramadan
Penyanyi Amira Othman berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Berita tersebut dikongsi di Instagram Story (IG) oleh adiknya, Irfan Hariss yang memuat naik momen dia dan Amira di lapangan terbang pada Isnin.
Umrah Akhir Ramadan
Dalam perkongsian tersebut, Irfan memuat naik foto dia bersama kakaknya itu dengan mengenakan jubah gelap.
“Kakya orang baik every few months Allah jemput pergi Baitullah.
“Semoga Kakya mendapat umrah yang mabrur dan segala urusan dipermudahkan amin, love you Kakya always,” tulis Irfan.
Difahamkan, keberangkatan Amira ke Tanah Suci itu turut ditemani rakannya.
Terdahulu, penyanyi dan pelakon Bella Astillah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah itu bersama adiknya iaitu Didi Astillah.