gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Girl Tak Bersalah Di Sini” – Alya Iman Nafi Jadi Punca Rumah Tangga Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Goyah
HIBURAN
“Bila Habis Shooting, Saya Perasan Ada…” – Bell Ngasri Kongsi Keadaan Fattah Amin Ketika Shooting Di New Zealand
HIBURAN
Kerap Terima Soalan Sama, Mia Sara Nasuha Mula ‘Rimas’ - “Boleh Tak Berhenti Tanya Kenapa Tak Berlakon Dah?”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Giliran Azizul Ammar Pula Tuntut Baki Bayaran RM9,000 Daripada Stesen TV - “Mesej Pemilik Langsung Tak Balas”

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
17/07/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Giliran Azizul Ammar Pula Tuntut Baki Bayaran RM9,000 Daripada Stesen TV - “Mesej Pemilik Langsung Tak Balas”
Bukan sahaja pelawak Amir Raja Lawak, pelakon Azizul Ammar juga secara terbuka menuntut baki bayaran tertunggak berjumlah RM9,000 daripada sebuah stesen TV.

Mesej tak dibalas

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ammar, 38, enggan berdiam diri memandangkan dia sudah temui jalan buntu dan kehabisan akal untuk menuntut baki bayaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Mahu Stesen TV Bayar RM18,000 Kadar Segera! - “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak Terpaksa Jual Kereta Kesayangan Demi Kelangsungan Hidup - “Dengan Kereta Inilah, Saya Pergi Berniaga Air”

"Saya pun masih ada bayaran tertunggak daripada stesen TV itu. Bila nak selesaikan ya? Mesej pemilik stesen langsung tak dibalas.

"Aku jenis tak nak klasifikasi manusia ini jatuh kategori apa, tapi korang baca keadaan sekeliling. Entah bila nak selesaikan, hak pekerja pun mereka culas.

"Bagilah apa pun cerita dekat mereka, korang ingat dia peduli ke? Bukan manusia memang perangai begitu,” kongsinya.
Menerusi hantaran sama, Ammar yang juga dikenali sebagai Ammar Titan turut berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar kepada pemilik stesen TV tersebut.

Timpa nasib sama

Dalam pada itu, Ammar juga mendakwa terdapat selebriti yang sebelum ini mengagungkan stesen tersebut akhirnya menimpa nasib sama.

"Tapi dulu ada artis yang bukan main jilat bontot, hujung-hujung terkena pada diri sendiri.

"Kenapa orang kaya terus kaya? Sebab mereka pentingkan diri sendiri. Aniaya orang, pijak orang dan banyak kabel legal yang hebat,” ujarnya.
Sebelum ini, Amir Raja Lawak turut menuntut baki bayaran sebanyak RM18,000 daripada stesen TV tersebut malah pelawak itu juga merayu untuk mendapatkan semula wangnya disebabkan bapanya menghidap kanser usus.
Topic Berkaitan
#Amir Raja Lawak
#Hutang
#Azizul Ammar
#Stesen TV
#Baki bayaran
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement