HIBURAN

Giliran Marsha Milan! Wajah Anak Borneo Menghiasi Papan Iklan Di Times Square - "Momen Seperti Ini Mengingatkan Saya..."

Ainun Md Zooki 18/04/2025 | 23:55 MYT

Penyanyi, Marsha Milan meluahkan rasa terharu apabila wajahnya menghiasi papan iklan billboard Spotify di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

Menerusi hantaran di Instagram, Marsha berkongsi momen berharga itu sambil menyifatkan pencapaian tersebut sebagai melebihi impiannya yang paling besar.
“Melihat diri saya di papan iklan di Times Square, New York adalah sesuatu yang melebihi segala impian saya.

“Terima kasih #SpotifyEQUAL kerana membenarkan saya menjadi sebahagian daripada kempen ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Hening Rindu itu mengakui perjalanan seninya bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi sebagai penyanyi wanita dari Borneo.

BERITA BERKAITAN: Marsha Milan Syukur Dinobat Juara, Akui Mental Terganggu Bawa Lagu Hening Rindu - “Saya Terlalu Menjiwai Sangat”

BERITA BERKAITAN: 'Hening Rindu' Marsha Milan Juara AJL39

BERITA BERKAITAN: Peminat Minta Buat Konsert, Marsha Milan Akui Ada Rasa Takut - "Saya Perasan Sekarang Ni..."

BERITA BERKAITAN: “Saya Tak Sangka Masih Ada Fikir Sebegitu” - Marsha Milan Kecewa Dituduh Lupa Diri Tidak Bertutur Dialek Sabah

Kata Marsha, momen seperti ini memberi semangat dan menjadi peringatan kepadanya tentang sebab dia memulakan langkah dalam dunia muzik.

“Sebagai seorang penyanyi wanita dari Borneo, perjalanan ini tidak selalu mudah, tapi momen seperti ini mengingatkan saya kenapa saya bermula.

“Terima kasih Spotify Asia kerana mengangkat suara kami ke peringkat dunia,” kongsinya.
Pada masa sama, Marsha juga memberi kata-kata semangat buat rakan-rakan wanita lain dalam industri muzik agar terus menyuarakan karya mereka.
“Kepada semua wanita dalam muzik, suara anda sangat bermakna dan kita perlu dengar lebih banyak lagi,” ucapnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan industri juga mengucapkan tahniah kepada Marsha atas pencapaian yang hebat buat dirinya.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Selain Marsha, antara wajah yang pernah menghiasi papan iklan digital gergasi itu termasuklah, Ernie Zakri, Yuna, Datuk Siti Nurhaliza, Dolla, Aina Abdul, Kaka Azraff, Layla Sania, Iman Troye, Aisha Retno, Vanessa Reynauld dan ramai lagi.
Untuk maklumat, Spotify EQUAL ini merupakan sebuah inisiatif yang memberi pengiktirafan kepada artis wanita dari seluruh dunia dan memperkasakan suara mereka dalam industri muzik.

#Anak #Marsha Milan #Spotify #Wajah #Impian #Borneo