#GimmeTheMicMY: Ajai Lebih Pentingkan Bakat Dari Rupa, Mahu Peserta Lebih Versatil - “Dah Lama Kita Tak Buat Pertandingan Cari Bakat Baharu”
Bakat Lagi Penting
Jelas Ajai, dia juga berpendapat tidak mustahil bagi Gimme The Mic Malaysia bakal mengulangi fenomena program realiti nyanyian, Akademi Fantasia (AF).
“Dah tiba masanya bakat diutamakan, selepas itu mereka boleh riaskan diri masing-masing. Semudah itu saja.
“Sebab kita mahukan buat yang tidak mempunyai rupa ini kalau berbakat dan tidak diketengahan, siapa lagi? Dah lama kita tak buat pertandingan mencari bakat baharu.
“Saya rasa 5 tahun kebelakang ini kita hidup dengan artis yang sudah bertapak lama. Tak salah jika saya cakap program ini akan jadi seperti fenomena Akademi Fantasia (AF),” ujarnya kepada Gempak.
Mahu Lebih Versatil
Mengulas persembahan semua peserta pada minggu pertama, Ajai berpendapat hampir semua peserta masih gugup biarpun menyampaikan lagu dengan singkat.
“Kita dapat dengar lagu yang singkat, jadi ia tidak sampai ke klimaks lagu. Ada juga yang tidak berpengalaman untuk menyanyi dalam masa singkat untuk menyedapkan lagu.
“Berdasarkan ujibakat tempoh hari, apabila mereka menyanyikan lagu penuh, di situ nampak kekuatan masing-masing.
“Malah ada juga lagu yang bukan kegemaran mereka sebab ia pilihan pihak produksi. Ini adalah pertandingan, jadi mereka perlu versatil,” respons Ajai.
Dengan tema Tik & Tok, minggu pertama Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syamel Amzah dengan nyanyian To Love Somebody berjaya mengungguli kesemua 30 peserta dengan markah 67.1%.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.