Manakala, tempat kedua diikuti Junlloyd Egano yang mendendangkan lagu Hasrat dengan markah sebanyak 62.76%.
Sementara itu, persembahan memukau Rasz berjaya mendapat anugerah Terpaling FYP sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000.
Peserta Raes pula turut meraih anugerah pilihan GimmeMeTwoMee award yang membawa pulang RM5,000.
14 peserta bakal bersaing pada minggu ketiga dengan tema FYP.
Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu kedua Gimme The Mic Malaysia.
| NO | NAMA | JUMLAH KESELURUHAN |
| 1 | RAES | 66.06% |
| 2 | JUNLLOYD EGANO | 62.76% |
| 3 | BULAN ASYRAFF | 62.00% |
| 4 | HAZREEN AMREENA | 61.61% |
| 5 | SHAZREEN SHAHARUM | 61.45% |
| 6 | SYAMEL AMZAH | 60.57% |
| 7 | CHONG HAN | 60.55% |
| 8 | AMEERAIS | 60.25% |
| 9 | FARHAN MUSTAPHA | 59.95% |
| 10 | MOFANORA | 59.68% |
| 11 | SYAFFIQ SAHLI | 59.65% |
| 12 | JELLY BELLY | 59.17% |
| 13 | DANHUANGGE | 57.51% |
| 14 | EPET | 56.20% |
| 15 | RASZ | 51.61% |
| 16 | BUNIAN | 48.88% |
| 17 | OKY DANIAL | 48.59% |
| 18 | ROU ROU | 47.23% |
| 19 | BEYLA INARA | 45.14% |
| 20 | ARY HUSSIN | 44.85% |
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Juara serta peserta di kedudukan enam teratas ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan mara ke peringkat antarabangsa mewakili Malaysia untuk berentap dengan juara-juara ‘Gimme The Mic’ dari negara-negara lain.
Juara ‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, beserta $2,000 USD (dua ribu dolar AS) daripada TikTok, dan penerbitan sebuah album single tajaan Astro & Rocketfuel.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, X dan Astro Gempak dengan menggunakan tanda pagar #GimmeTheMicMY.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.