Berita
“Girang Tak Terkata”- Emelda Pertama Kali Berlakon Bersama Adlin Aman Ramli
Pelakon Emelda Rosmila gembira kerana buat pertama kali dapat bergandingan dengan suaminya, Adlin Aman Ramli dalam satu drama terbitan Astro Citra.
Menurut Emelda, ia juga merupakan sebahagian impian peminatnya yang mahu melihat mereka berlakon bersama.
“Mungkin juga makbul doa-doa pengikut Mel (Emelda) yang baru-baru ini asyik sebut-sebut tengok Mel berlakon dengan Adlin.
“Impak watak Adlin sebagai Ikram dalam Bidadari Kiriman Tuhan tu buatkan ramai komen nak Mel bergandingan dengan Adlin.
“Oh well dear followers, termakbul komen-komen korang semua tu, ini pertama kali Mel share frame dengan suami sendiri sebagai suami isteri.
“Girang tak terkata hehe. Masa Adlin pengarah untuk terbitan sendiri dulu pernah la, tapi dia cuma masuk untuk satu dua scene.
“Kali ini panjang, jadi pasangan pula tu. Fun shoot dengan husband sendiri,” katanya.
Emelda berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu difahamkan drama lakonan mereka tersebut adalah untuk tayangan Astro Citra itu berjudul Jodoh PKP (Perinta Kawalan Pergerakan).
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang teruja mahu menonton drama gandingan mereka nanti.
Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini berusia sembilan tahun.