Hiburan
Glepa Dode Dode Nok Kelih! Baru Dua Hari Ditayangkan, Syif Malam Raya Di Tangga Pertama Dalam Carta Filem Top 5 Astro First
Baru dua hari ditayankan, filem Syif Malam Raya lakonan bintang YouTube, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey telah menduduki tangga pertama carta Top 5 Astro First.
Berita itu diumumkan menerusi posting terbaru di akaun Instagram Astro Shaw dan Astro First hari ini.
Dalam pada itu menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya memberikan komen positif terhadap filem tersebut.
“#SyifMalamRaya terbaik. Gabungan pelakon lama dan baru,” komen Mohamad Aswadi
“Babak Yoe dalam peti ais tu wehhh berdekah #SyifMalamRaya,” tulis Fida Masron.
“Okey cerita Syif Malam Raya serius best. Hahahaha aku minat betul dengan Syahmi, Yoe, Asif dengan Nisa,” puji Adlina Dinie
Syif Malam Raya juga menampilkan Danial Lawak Solo, Ropie, Saiful Apek, Azlee Senario, dan juga aktres Reen Rahim, Emelda Rosemila, Nadia Brian, Lia Natalia serta Shiela Mambo.
Jangan lupa untuk sewa filem raya, Syif Malam buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 21 Mei 2020 (hari ini)
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Syif Malam Raya selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Syif Malam Raya, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Sinopsis:
Kisah Syif Malam Raya bermula apabila cuti raya Zaid (Atu) dan Hisyam (Sharif) tidak diluluskan dan mereka ditugaskan untuk menghantar satu mayat ke Ipoh pada malam Aidilfitri.
Mereka turut menumpangkan Mira dan Yoh untuk pulang beraya ke kampung halaman mereka dengan menaiki van jenazah mereka. Kejadian aneh mula berlaku, dan kekecohan timbul apabila mereka tiba di sebuah kampung yang dihantui pocong.
Must-Watch Video