HIBURAN
Amir Ahnaf Cari Pantai Untuk ‘Buang’ Watak Farid - “Memang Saya Terbawa-Bawa Sampai Ke…”
Pelakon, Amir Ahnaf akui watak Farid dalam drama Syurga Itu Bukan Mudah meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya.
Jelas Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin,25, tidak mudah baginya untuk keluar daripada karakter itu kerana watak itu terlalu berat untuk dilakonkan.
“Watak Farid itu sangat susah untuk saya buang. Ia benar-benar jauh berbeza daripada saya. Sampai ke rumah pun saya terbawa-bawa kemarahan Farid. Ia benar-benar kacau mental saya.
“Untuk saya datang balik ke Amir Ahnaf itu mengambil perjalanan yang sangat jauh untuk saya kembali ke diri saya yang sebenar,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon yang popular dengan karakter Kahar daripada siri Project: High Council itu mempunyai cara tersendiri untuk melepaskan ‘aura negatif’ yang terbawa daripada watak tersebut.
“Saya tidak berjumpa doktor tapi cara saya untuk buang watak itu adalah pergi ke pantai. Kerana saya mahu buang aura negatif dalam diri saya dan kontrol diri saya semula,” kongsinya.
BERITA BERKAITAN: Amir Ahnaf Hormati Batas Dalam Lakonan - “Saya Okay Untuk Buat Babak Bersentuh Selagi…”
BERITA BERKAITAN: Netizen Puji Suara Amir Ahnaf Baca Surah Al-Fatihah - “Bagus Didikan Mak Ayah Dia”
BERITA BERKAITAN: Rezeki Amir Ahnaf Dilamar Berlakon Di Indonesia - “Produksi Lamar Saya Untuk Filem Itu Sebab Miliki Wajah Jawa”
Must-Watch Video