Popular menerusi video mengajar teknik mudah Matematik, Cikgu Fathi Hussien memenangi Anugerah Motivator Digital Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam sebentar tadi.

Cikgu Fathi berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Cikgu Zack Kirana, Dr Malar Santhi , Hazeman Huzir dan Slurpee Crank.

"Terima kasih kepada GMWA2022. Saya percaya ini juga satu pengiktirafan untuk pendidik di luar sana. Ramai kata eductaion dan hiburan perlu diasingkan tapi bagi saya tidak kerana kenapa tidak satukan sahaja," kara Cikgu Fathi

Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan untuk pelajar terutama di media sosial.

Fathi juga dikenali pengajar digelar sebagai ‘SIRpuloh’ yang pernah tular gara-gara mempunyai kemahiran berbeza dan teknik mengajar bagi menyelesaikan subjek matematik.