Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Digital Influencer Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Hafiz telah mengalahkan empat calon popular lain iaitu Azfarheri, Imran Bard, Ceddy Ang dan Nelysa Norazlan.

"Saya hanyalah menumpang rezeki isteri saya. Untuk semua staf saya satu hari cuti untuk semua dan satu bonus gaji untuk awak," kata Hafiz

Hafiz sebelum ini cukup dikenali dalam kalangan netizen sebagai seorang figura yang kerap berkongsi rezeki, memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Dari orang biasa sehingga pekerjanya, cara Hafiz berkongsi rezeki seringkali menyorot perhatian umum, khususnya netizen.

Hafiz bersama isterinya, Syafiqah Aina juga gemar membantu anak muda mengubah kehidupan mereka.