#GMWA2023: Kegagalan Tak Patahkan Semangat Aizat Saha, Lebih Semangat Berkarya! - “Mungkin Ada Rasa Sikit Kecewakan Fans, Cuma…”
Izwan Isa
27/02/2024 08:55 MYT
27/02/2024 08:55 MYT
Gagal meraih kemenangan menerusi kategori Video Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23), Aizat Saha menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha pada masa akan datang.
BERITA TRENDING: Abang POV, Aizat Saha Dedah Sedang ‘Berkawan’ Dengan Seseorang
Bagi Aizat, keberadaannya di senarai top 5 sudah cukup untuk menjadikan dirinya berpuasa hati dan lebih mempercayai peluang yang lebih besar akan datang pada masa akan datang.
“Kalau tanya perasaan… saya ok sahaja tidak berjaya memenangi sebarang tempat menerusi kategori Video Tergempak. Sebab saya rasa, dengan kegagalan ini, ia menjadi pembakar semangat untuk saya berusaha lagi.
“Insya-Allah, untuk masa akan datang, saya akan terus cipta kandungan yang lebih baik dan menarik, selain mengumpulkan penyokong yang lebih ramai.
“Mungkin ada sikit rasa sedikit kecewakan fans… cuma seperti yang saya kata, sudah berada di top 5 sudah memadai dan selain itu, saingan saya juga cukup kuat. Mungkin rasa (kecewa) itu ada sebab pada hari menjelangnya acara, ramai dah mula doakan saya dan mahu saya menang. Di situ, saya rasa sedikit pressured.
“Cuma, saya yakin, mereka faham dengan situasi ini dan ada rezeki di tempat lain pada kemudian hari,” katanya kepada Gempak.
Ditanya mengenai perancangan dalam bidang seni, Aizat memaklumkan yang dia kini mahu memberi fokus pada bidang lakonan.