Menghiburkan wargamaya dengan konten parodi yang viral, Pencipta kandungan Rahman Chea berjaya memenangi kategori Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak di di Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.

BERITA TRENDING : Terbuka Terima Tawaran Berlakon Rahman Chea Nak Watak Hero - “Tapi Kesian Lah Dekat Pengarah Sebab..”

Video parodi Rahman yang meraih undian 31.39 peratus juga mengalahkan konten pempengaruh Faisal Suhaimi, Farihi Arni, Foreppppp, dan Linda Said.

Rahman Chea terkenal dengan penghasilan video-video yang boleh di ‘relate’ orang Malaysia bersama rakannya yang dikenali sebagai ‘Kanafly’ sehingga berjaya membuatkan ramai penonton terhibur.

Terdahulu menerusi temu bual bersama Gempak, Rahman Chea mengatakan bahawa dia sentiasa terbuka untuk mencuba nasib dalam mengintai peluang sebagai pelakon.