,
Viral

Terbuka Terima Tawaran Berlakon Rahman Chea Nak Watak Hero - “Tapi Kesian Lah Dekat Pengarah Sebab..”

Umirah Halim
19/01/2024
03:00 MYT
Pempengaruh media sosial, Rahman Chea mengatakan bahawa dia sentiasa terbuka untuk mencuba nasib dalam mengintai peluang sebagai pelakon.
“Kalau saya dapat tawaran untuk berlakon saya happy lah tapi kesian dekat pengarah sebab takut rosak filem tu.
“Tapi kalau ada job berlakon bagitahu,” katanya dengan nada seloroh.
Bertanya tentang watak yang ingin dicuba Rahman berkongsi bahawa dia ingin membawa watak hero atau pembantu hero.

Berita Trending: Lelaki Promote Aktiviti Persundalan Di Media Sosial Ditangkap, Polis Turut Rampas Sehelai Cadar!

Dalam pada itu, Rahman turut meluahkan perasaan terkejutnya selepas berjaya tersenarai pendek dalam top 5 Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak untuk Gempak Most Wanted Awards semalam.
“Saya rasa terkejut sebenarnya sebab ingatkan tiada siapa yang nak undi sebab masa kita suruh undi dekat komen ada yang cakap susah nak undi
“Tapi ada jugak yang nak undi jadi alhamdulillah terima kasih atas undian anda semua semoga anda boleh undi lagi untuk fasa yang seterusnya,” ujarnya ketika ditemui Gempak pada sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion pada Rabu lepas.
Sekadar info, Rahman Chea terkenal dengan penghasilan video-video yang boleh di ‘relate’ orang Malaysia bersama rakannya yang dikenali sebagai ‘Kanafly’ sehingga berjaya membuatkan ramai penonton terhibur.
Susulan itu, Rahman berjaya tersenarai pendek dalam top 5 Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak untuk Gempak Most Wanted Awards.
Bagi yang ingin membuat pengundian, layari www.gempakmostwantedawards.com
Undian bagi Fasa Kedua Gempak Most Wanted Awards 2023 telah bermula pada 17 January 2024, 6PM sehingga 25 February 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#GMWA23: Daniel Ajar Ayat ‘Agittew’, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Calum Scott Nak Sebut - “Selamba Dia Gula-Gulakan Macam Tu”

gempak
29/02/2024
12:55 MYT
Selamba je Daniel kacau Calum Scott.
Terkini

#GMWA2023: Kegagalan Tak Patahkan Semangat Aizat Saha, Lebih Semangat Berkarya! - “Mungkin Ada Rasa Sikit Kecewakan Fans, Cuma…”

gempak
27/02/2024
08:55 MYT
Gagal meraih kemenangan menerusi kategori Video Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23), Aizat Saha menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha pada masa akan datang
Hiburan

#GTheUntoldStory: Wajah-Wajah The Most Wanted #GMWA23!

gempak
27/02/2024
01:59 MYT
Terbaik, terpaling trending sepanjang tahun 2023 menurut undian peminat!
Viral

#GMWA23: “Sebagai Anak Penyu Kami Bangga Dengan Babah!” - Pok Ro Gaming Menang, Peminat Puas Hati

gempak
26/02/2024
14:47 MYT
Tahniah sek Ganu kita.
Hiburan

#GMWA23: “Rasa Macam Peminat Yang Jaga Saya, Mereka Tahu Batas & Jaga Kelakuan” - Khai Bahar

gempak
26/02/2024
12:55 MYT
Khai Bahar terharu sokongan peminat.