Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

#GMWA24: Amin & Abid Memang Power! Menang lagi Digital Content Creator (Lifestyle) Tergempak

Asyraf Roslan 23/02/2025 | 14:49 MYT

Pasangan kembar, Amin dan Abid Othman berjaya mengekalkan kemenangan mereka untuk kategori Content Creator (Lifestyle) Tergempak untuk tahun kedua.

Menyajikan konten kreatif dari segi reka cipta, pasangan kembar Amin dan Abid memperolehi 73.9 peratus sekali gus memenangi kategori tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Amin Dan Abid Tak Akan Jadikan Rumah Sebagai Ruang Pameran- "Kami Nak Jaga Privasi Keluarga"

ARTIKEL BERKAITAN: Amin & Abid Ukir Wajah Tunku Abdul Rahman Di Kek Merdeka, Berkolaborasi Dengan Che Sayang! - "Sebenarnya Kami Takut ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Rutin Unik Abid & Amin Ketika Berhari Raya - “Selalu Kalau Naik Kereta Kita Pasang Lagu Raya, Tapi…”

Pasangan kembar yang diberi julukan ‘Phineas & Ferb’ berjaya menewaskan finalis Top 5 terkenal lain seperti Fikri Zamri, Afie, Rasyidineedyou, dan Norpadilah.

Nama Amin dan Abid mula melonjak naik di media sosial TikTok selepas memaparkan diri mereka mencipta pelbagai rekaan kreatif.

Beberapa video kreatif mereka turut meraih hampir 9 juta tontonan oleh pelayar TikTok selain turut dikongsikan di platform media sosial lain.

Terdahulu, Amin dan Abid pernah berkongsi bahawa bakat yang dimiliki diwarisi oleh ayah mereka. Pernah menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) Diploma Rekaan Industri (Major Pengangkutan) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), anak jati Seri Manjung itu pernah menghantar 40 rekaan model kepada salah sebuah jenama kenderaan terkemuka.

#GMWA #2024 #Gempak Most Wanted Awards 2024