GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Duet Aina Abdul & Fabio Asher Beri Magis! Cinta Tak Pernah Tepat Waktu Dinobat Lagu/Audio Tergempak
Lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu nyanyian Aina Abdul dan Fabio Asher berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Lagu/Audio Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2024.
Mendapat undian sebanyak 36.96 peratus, runut bunyi untuk filem Cinta Tak Pernah Tepat Waktu itu berjaya mengalahkan empat lagu/audio popular lain iaitu Masing-Masing (Ernie Zakri), Alahai (Ezra Kairo), Angau (Fahimi Rahmat), Sangkar Derita (Haqiem Rusli) dan Sabar, Nape Tak Sabar Ni (Pipija).
Cinta Tak Pernah Tepat Waktu merupakan hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Paling Banyak Saya Berhabis” - Aina Abdul Ulas Mengenai Konsep & Makna Persembahan ‘Degupan Jantung’
ARTIKEL BERKAITAN: Dilamar Melly Goeslow, Impian Aina Abdul Jadi Kenyataan - “Siapa Sahaja Yang Tidak Mahu…”
ARTIKEL BERKAITAN: #GMWA24: Audio Spontan Jadi Fenomena, Pija Kini Satu Baris Dengan Aina Abdul & Haqiem Rusli
Lagu tersebut mula mendapat perhatian warganet selepas lagu itu dilancarkan dan mula digunakan di laman sosial TikTok dan mencapai 1.5 juta pendengar di Youtube.
Sekadar info, ini merupakan lagu kedua Aina yang menjadi runut bunyi untuk filem di Indonesia.