GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Penjejak Fakir Jalanan, Abbe Hae Dinobat Penerima Anugerah Khas Keluang Man Of The Year
Aktivis jalanan, Abbe Hae dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Keluang Man Of The Year Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada Ahad.
Kemenangan dengan 90 peratusan undian itu sekali gus menewaskan enam calon lain iaitu Aleeya Zailan, Yayan, Kapten Zahiruddin, Team LKP, Leeroy Wong dan Staf Sarjan Nor Khalid.
Anugerah khas Keluang Man of the Year mengiktiraf individu yang memberi impak positif dalam komuniti.
Untuk info, Abbe Hae dikenali kerana sering menyantuni golongan fakir jalanan di ibu kota, aktivis berkenaan juga dilihat aktif membantu golongan fakir miskin desa.
Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
GMWA 2024 menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
Malam anugerah berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Juga membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, Datuk Sheila Majid dan band dari Indonesia iaitu Diskoria.