Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

Firdaus
05/07/2024 09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.

Terharu Dipilih

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 43, menyatakan bahawa dirinya agak terkejut apabila dipilih bagi menjayakan watak Rashid kerana telah lama tidak melibatkan diri dalam sukan badminton, namun diyakinkan oleh pengarah filem Gold sendiri iaitu Adrian Teh.

BERITA TRENDING:Transformasi Gaya Rambut Syafiq Kyle Mengikut Filem & Drama, Mana Satu Paling Onz?

“Saya sangat bersyukur apabila saya dipilih memegang watak sebagai Adul, Abdul Rashid Sidek.

“Sebelum saya menerima naskhah ini, saya agak terkejut apabila pengarah (Adrian Teh) memilih saya untuk pegang watak ini sebab kali terakhir saya pegang raket badminton dah 30 tahun lepas.

​BERITA TRENDING:#Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"

“Tapi dia (Adrian Teh) rasa saya sesuai untuk watak ini. Dan bila saya terima watak Rashid Sidek mereka sediakan latihan selama sebulan setengah untuk berlatih,” katanya ketika ditemui Gempak.

​BERITA TRENDING:#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian


Sekadar info, selain Farid Kamil, filem aksi sukan, Gold turut menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.

​BERITA TRENDING: Pertama Kali Berlakon Bersama Isteri, Farid Kamil Akui Kekok! - "Mula-Mula Teruja, Ingatkan Mudah... "

Saksikan Trailer Filem Gold:



Sinopsis Gold:

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.

Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.

Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.

Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia.

#Filem #Farid Kamil #Astro Shaw #Watak #Rashid Sidek #Gold
;