Rambut merupakan salah satu elemen paling penting untuk penampilan diri.

Gaya rambut boleh mempengaruhi rasa percaya diri, kehidupan keperibadian, kehidupan sosial hingga kehidupan profesional.

Untuk kali ini, Gempak akan senaraikan imej-imej rambut pelakon kacak Shafiq Kyle di dalam filem dan siri drama di dalam naskhah yang pernah dilakonkan.

#1 One Cent Thief

Bagi siri drama premium One Cent Thief ini, Syafiq memegang watak sebagai Iman iaitu seorang tele-banker muda pada siang hari dan sebagai sistem penggodam bank dalam keadaan terdesak.

Bagi fesyen rambut di drama ini, Syafiq telah menggayakan rambut ala-ala koporat bagi menghasilkan penampilan yang tampak kemas, bijak, elegan, berkeyakinan tinggi dan bersih.

#2 Polis Evo 3

Bagi filem Polis Evo 3, Shafiq memainkan watak sebagai Inspektor Dani (nama penuhnya ialah Dani Khir) iaitu ahli pasukan UKAP serta pakar pemusnahan bom.

Sebagai anggota, potongan rambut yang digayakan oleh Syafiq dipotong dan pendek bagi memberikan kesan yang tegas dan profesional sesuai bagi mengekalkan penampilan yang kemas dan teratur.

#3 The Experts

Bagi filem aksi rompakan The Experts, Syafiq telah menggayakan gaya potongan rambut buzzcut bagi menghasilkan penampilan yang tampak lebih maskulin untuk membawa watak sebagai Keyrol.

The Experts ialah sebuah filem jenayah aksi Malaysia 2024 yang diarahkan oleh Andre Chiew dan Nazim Shah dengan cerita oleh Joel Soh yang turut menerbitkan filem itu dan Kyle Goonting, ketua produksi dan pembangunan di Astro Shaw.

Dihasilkan dan diedarkan bersama oleh Astro Shaw dan TGV Pictures, filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dapdap sebagai ahli keluarga.

Berita Trending: Penggemar Filem, Ini Top 5 Filem Bergenre Rompakan Yang Best, #5 Korang Wajib Tengok!

Berita Trending: Ini Lima Kes Penipuan Popular, Yang Last Tu Paling Tak Sangka

Berita Trending: Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Proses Lanjutan Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Bertukar Kecoh

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: Reman Ibu Bapa Zayn Rayyan Sambung Enam Hari

The Experts mengisahkan tentang lima adik beradik iaitu Farid (Datuk Aaron Aziz), Keyrol (Syafiq Kyle), Emma (Mimi Lana), Amer (Remy Ishak) dan Lan (Ray Dap Dap) yang terpaksa melakukan jenayah untuk mencuri cincin milik keluarga Lima Gading.

Cincin tersebut sepatutnya menjadi milik Bashir (Tony Eusoff), adakah misi rompakan mereka berjaya? Sama-sama saksikan dalam The Experts.

Berjaya atau tidak rompakan itu? Kenalah tonton filem The Experts!

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.