Pelakon drama popular Goblin, Gong Yoo mengejutkan peminatnya apabila tiba di Indonesia hanya ditemani pengurus dan tanpa kawalan ketat pengawal keselamatan.

Gong Yoo atau nama sebenarnya Gong Ji Chul, 37, tiba di Lapangan Terbang Seokarno-Hatta, Indonesia pada petang Sabtu.

Difahamkan kedatangan Gong Yoo ke negara tersebut tidak diketahui oleh media dan juga para peminatnya.

Gong Yoo yang berpakaian kasual dengan memakai topeng penutup mulut berserta topi nampak begitu selesa berjalan tanpa dikerumi peminatnya.

Bagaimanapun, hasrat untuk menyembunyikan identitinya kepada umum gagal apabila tidak lama kemudian beberapa peminat mula mengecam figura popular itu walaupun dia cuba menyembunyikan wajahnya disebalik topeng tersebut.

Dalam pada itu, menerusi beberapa video yang menjadi viral di laman sosial, Gong Yoo ternyata nampak tidak selesa dengan kehadiran peminat yang mula mengerumuninya.

Gong Yoo kemudiannya dengan sopan meminta mereka untuk tidak merakamkan video dan gambarnya.

Sehingga ke hari ini nama Gong Yoo masih lagi menjadi sebutan di Twitter dan
rata-ratanya meluahkan rasa tidak percaya dengan tindakan berani Gong Yoo yang tidak membawa ‘bodyguard’ bersamanya.

Tidak kurang juga ada yang mengucapkan supaya Gong Yoo dapat berehat sambil menikmati percutiannya di Lombok.

Teks Oleh: Mya Amri

Masih Tentang Kedatangan Ahjussi Gong Yoo..? At Bandara soekarano Hatta.. #GongYoo #GongJichul #KimShin #Goblin #Dokkaebi #TrainToBusan #amanandawoman #CoffeePrince #Big #ddokkaebi #koreanactor #gongyooIndonesia #guardian #kdrama #soop #ELLE #DiscoveryExpedition #MaximKanu #kanu_latte #iloom #Epigram #managementsoop #gongyoophotoshoot #gongyoophotos #princecharming #gentleman #handsome

A post shared by Gong Yoo Indonesia ?? (@gongyoo_ind) on

Kacau balau hati di buat nya karena Ahjussi ke Indonesia ga kabar2in ???? #GongYoo #GongJichul #KimShin #Goblin #Dokkaebi #TrainToBusan #amanandawoman #CoffeePrince #Big #ddokkaebi #koreanactor #gongyooIndonesia #guardian #kdrama #soop #ELLE #DiscoveryExpedition #MaximKanu #kanu_latte #iloom #Epigram #managementsoop #gongyoophotoshoot #gongyoophotos #princecharming #gentleman #handsome

A post shared by Gong Yoo Indonesia ?? (@gongyoo_ind) on