HIBURAN
“Google Is My Sensei” – Hebatnya Anak Nana Mahazan Lukis Komik Berbahasa Jepun
Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan akui bangga dengan pencapaian anaknya yang mampu melukis komik berbahasa Jepun.
Sebagai seorang ibu, Nana tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila anak sulungnya itu berusaha untuk belajar Bahasa Jepun sehingga mampu menghasilkan komik.
Nana juga berkongsi video pendek hasil komik yang dilukis oleh Althea.
“Super proud of my Althea… Yes Althea memang into anime, melukis mesti gaya anime. But now buat komik tapi in Japanese terus. Gigih belajar kat google…
“Google is my sensei”” tulisnya
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji usaha dan kebijaksanaan Althea yang mampu menulis dalam Bahasa Jepun.
Tidak kurang juga ada yang menyarankan Nana supaya menghantar Althea ke kelas Bahasa Jepun.
“Good job Althea... Lepas ni mummy kena anta gi kelas Bahasa Jepun,” komen @zarinafuad
“Wait, the wordings tu dia yang tulis ke? Awwww she's amazingggg!” puji @ronnarose
“This is what happened when parents support minat anak-anak. Proud of you Kak @nanamahazan Good parenting,” tulis @faizso
Terdahulu, Nana telah berkahwin dengan Raqeem Brian Abdullah pada 6 Jun 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu, Althea dan Aaqib.
Must-Watch Video