Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Google Tribute Doodle Sempena Hari Jadi Sudirman, Ini Lagu-Lagu Raya Evergreen Allahyarham Paling Diingati

Amri Hassan
25/05/2019 04:33 MYT
Tanggal 25 Mei setiap tahun merupakan ulang tahun kelahiran seniman terunggul negara, Datuk Sudirman Arshad.

Sudirman yang dilahirkan pada 25 Mei 1954 meninggalkan pelbagai coretan sejarah dalam industri hiburan negara yang tidak mungkin dapat dilupakan sampai bila-bila.

Meraikan ulangtahun beliau kali ini, enjin carian terbaik dunia, Google menjadikan Sudirman sebagai ikon di muka utamanya.

Tribute itu juga sebagai satu penghargaan yang sangat bermakna bagi seseorang penghibur.

Perkara itu turut dikongsikan Datuk Aznil Nawawi, antara individu yang menyanjung Allahyarham Sudirman, menerusi akaun Instagramnya pagi tadi.

Wah! Sempena tarikh lahir Allahyarham Dato Sudirman hari ini 25 Mei, Google memberikan logo Google Tribute buat insan tersayang ini. AlFatihah

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on


Meraikan tarikh keramat itu juga, Gempak turut menyenaraikan lagu-lagu raya evergreen yang pernah dinyanyikan Allahyarham Sudirman sepanjang hidup beliau.

1. Balik Kampung

Tidak lengkap perjalanan pulang ke desa tercinta tanpa dendangan irama lagu ini. Meriah dan tak lapuk!

Mood girang, ceria dan teruja dilagukan dalam satu naskhah paling ikonik ini setiap kali tibanya Syawal.

Lagu Balik Kampung dicipta pada tahun 1984 dan dimuatkan dalam album Lagu Dari Sebuah Bilik.


2. Selamat Hari Raya

Biarpun ada banyak lagu raya yang menggunakan judul serupa, namun lagu ini akan menjadi lagu wajib diputarkan bagi meraikan Syawal.

Irama yang mesra pendengar dan lirik yang mudah untuk dihafal menjadi kekuatan lagu tersebut.



3. Dari Jauh Ku Pohon Maaf

Lengkap dengan mood lagu raya yang menusuk hati, Dari Jauh Ku Pohon Maaf antara lagu raya 'berhantu' milik Allahyarham Sudirman.

Lagu yang dihasilkan pada tahun 1981 itu menjadi lagu wajib diputarkan di corong-corong radio dan pusat beli-belah setiap kali tibanya Syawal.

Barangkali ada yang akan menitiskan air mata setiap kali mendengar dendangan lagu ini...


#Google #Lagu raya #Datuk Sudirman Arshad