Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad tidak dapat menahan sebak sewaktu berkongsi kisah peribadi menerusi program Rumah 107.

Sherry yang terkenal sebagai seorang yang periang akhirnya tewas apabila kisahnya didedahkan secara eksklusif buat pertama kali oleh aktres Sharifah Shahirah.

Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera merupakan anak saudara kepada Sherry.

BACA: Shiera Dedah Sisi Lain Sherry - “Sering Nampak Happy, Tapi…”

Antara kisah yang dibongkarkan adah mengenai kehidupan dan kesulitan yang dilalui Sherry selepas kematian bapa tersayang sejak berusia 9 tahun.

Rumah 107 dihoskan oleh pelakon Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.



Saksikan episod penuh Rumah 107 bersama Shiera dan Sherry Alhadad pada Jumaat (hari ini), jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.

Di sini Gempak kongsikan momen-momen sebak Sherry dan Shiera di Rumah 107.