Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam.

Balas Mesej Pakai 'Kod'

Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies.



Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsApp membabitkan Ruhainies dan Aliff seperti yang didedahkan oleh seorang lagi kekasih Aliff dikenali sebagai Sarah Yasmine.

Nama Aliff Aziz Trending!

Selain singkatan ungkapan cinta itu, nama Aliff Aziz meraih tangga teratas carta trending Malaysia.

Turut berada dalam senarai Top 5 trending adalah nama Ruhainies, Sarah Yasmine dan Bella Astillah.

Terdahulu, Sarah Yasmine sekali lagi mendedahkan beberapa perbualan romantis dan perancangan yang disusun pelakon Ruhainies bersama Aliff di aplikasi WhatsApp.

Sarah berkata, tindakan pendedahan yang dilakukannya itu adalah sebagai balasan selepas berasa ditipu oleh Aliff dan Ruhainies.

Antara perbualan yang menarik perhatian adalah Ruhainies yang seolah-olah kurang senang apabila Bella dilantik sebagai wajah baru produk kecantikan yang sebelum ini melantiknya sebagai wajah produk itu.

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?

BERITA TRENDING: Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"

Sumber: Harian Metro