Laman Utama

Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu, Wanita Ini Habiskan 8 Jam Di Mahkamah Kerana…

gempak
Izwan Isa
20/08/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Guna Telefon Bimbit Ketika Memandu, Wanita Ini Habiskan 8 Jam Di Mahkamah Kerana…
Seorang pengguna jalan raya bernama menzahirkan rasa gementar apabila dikenakan saman akibat menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Dikenali sebagai Daphne Lim, individu terbabit berkata, dia tidak pernah berasa setakut itu sepanjang pengalaman disaman pihak berkuasa kerana pada kali ini, dia perlu menghadirkan diri ke mahkamah.
“Saya selalu terfikir yang jika wang boleh menyelesaikannya (saman), tiada apa yang perlu kita takutkan. Tapi bukan kali ini. Saya perlu menghadirkan diri ke mahkamah untuk membayar denda,” katanya seperti yang dipetik menerusi WorldOfBuzz.
Selain itu, Dahpne turut memberitahu yang dia perlu berada di mahkamah sehingga lapan jam untuk menyelesaikan saman yang dikenakan kepadanya.
“Tidak kiralah jika anda sedang menggunakan Waza, simpan sahaja alasan itu. Jika anda didapati menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu, ini bermakna yang polis sudah memerhatikan anda.
“Polis akan mendekati anda jika mereka yakin yang anda benar-benar menggunakan telefon bimbit,” katanya lagi.
Pertama sekali, jangan sesekali membuang saman yang diberikan. Anda perlu membawanya ke mahkamah. Tarikh dan masa untuk menghadirkan diri ke mahkamah juga telah dinyatakan.
Daphne tiba di mahkamah pada pukul 8 pagi dan menunjukkan kad pengenalan untuk pendaftaran. Kemudian, dia perlu menunggu sehingga sehingga semua yang disaman dipanggil. Daphne terus menunggu sehingga pukul 12 tengah hari sebelum dia dipanggil untuk bercakap dengan hakim.
“Saya mengaku bersalah kerana saya tahu silap saya. Selain daripada meminta maaf, saya tidak tahu apa lagi untuk diperkatakan.
Pada awalnya, Daphne beranggapan yang sesinya akan selesai jika dia sudah membayar saman. Namun, dia masih perlu menunggu individu lain untuk menyelesaikan sesi masing-masing dan ketika itu baru bayaran saman boleh dibuat.
Daphne diberi saman sebanyak RM1,000. Namun, saman tersebut dikurangkan kepada RM250.
Tambah Daphne, dia menghabiskan masa selama lapan jam di mahkamah hanya untuk membayar saman. Dalam pada itu, dia turut berpesan untuk sentiasa mematuhi etika berpakaian ketika berada di mahkamah.
“Jangan pakai seluar pendek. Seluar panjang, kasut, baju lengan panjang berkolar adalah pakaian yang ideal,” katanya.
Sumber: WorldOfBuzz, Facebook Daphne Foto kredit: M-Update
BACA: Kereta ‘Degil’ Bernombor Pendaftaran Singapura Sudah Disenarai Hitamkan​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live