Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan warga maya apabila menggunakan keadah yang kreatif dalam mempromosikan makanan popular di daerah berkenaan.

Dengan hanya menggunakan aplikasi Tik Tok, Syed Saddiq tampil dengan video yang mememaparkan beberapa lokasi kedai makan yang wajib dikunjungi orang ramai apabila datang ke Muar.

Menerusi video yang turut dimuat naik di Twitternya itu, terdapat 5 lokasi kesemuanya.



Antaranya adalah Restoran Briyani Istimewa Parit Sakai, Sate Warisan, Mee Bandung Medan Selera Tanjung Mas, Roha Catering Jalan Temenggung Ahmad serta Otak Otak Wak Jos Ikan Bakar, Sabak Awor.

Kesemua tempat makanan popular itu dipaparkan dalam video berdurasi 20 saat sahaja.

Rata-rata warga maya khususnya pengguna Twitter memuji platform promosi yang digunakan Syed Saddiq.

Kebanyakan mereka menyifatkan ia sangat kreatif namun pada masa mampu menarik orang ramai berkunjung ke Muar.

“Allah kan dah set from the top!” - Mak Jah . Nantikan Keluarga Iskandar The Movie Akan Datang 16 Julai ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda. . @kismahjohar_official @hilal.azman @sobrianuar @anitabaharom @azharbsulaiman @zainhamid @itsmehierahasan @izzilhamnzd @thedanishadam @khayrisyah_kemal @taqim.zaki @dhiaiskandar_official @shukritahir @rajaema . #keluargaiskandarthemovie #keluargaiskandar #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on