Viral

Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?

gempak
Firdaus
06/05/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.

Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki

Bagaimanapun, satu iklan mempromosikan minyak wangi wanita di media sosial baru-baru ini menerima teguran warganet kerana dianggap seolah-olah tidak peka dengan hukum-hakam agama Islam.
Menerusi video promosi tersebut, dapat dilihat si penjual menggunakan model wanita untuk berjalan di sekitar kaum lelaki untuk menarik perhatian mereka dengan aroma minyak wangi yang digunakan.

Netizen Kongsi Hadis

Sehubungan itu, netizen memohon supaya iklan berkenaan dihentikan selain berkongsi hadis berkaitan situasi yang sinonim dengan keadaan berikut.
“Saya memohon hentikan iklan sebegini. Tidak takutkah kalian dengan ancaman baginda Nabi? Dalam sebuah hadis, Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda:
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya," (HR Nasa'i),” tulis seorang warganet. Selain itu, ada juga yang memberikan pandangan berhubung iklan yang dikeluarkan.
“Pakai kenyataan guna minyak wangi untuk pikat suami, tapi iklan guna dekat lelaki ajnabi dekat tempat awam. Iklan macam ni hanya mendatangkan kesan buruk kepada wanita,”
“Definisi sanggup buat apa sahaja asalkan tular di media sosial,”
“Selalu fikir benda ni tapi orang komen macam benda ni normal. Padahal perempuan dilarang pakai minyak wangi melampau yang sampai orang toleh tengok dia.”
Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih satu juta tontonan di Platform X.

BERITA TRENDING: “I’m Sorry” - Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Mohon Maaf Pada Bella Astillah

BERITA TRENDING: Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live