Pelakon drama bersiri Hati Yang Dikhianati, Shah Iskandar mendedahkan dia terpaksa mencetuskan provokasi demi menyuntik semangat Iqram Dinzly memberikan persembahan terbaik dalam lakonan.

BACA: "Dia Masih Iqram Yang Dulu, Tak Sama Komen Di Media Sosial" - Bade Puji Sikap Profesional Iqram Dinzly, Ada Aura Bila Bekerja!

Provokasi yang dimaksudkan adalah antaranya dengan 'menghalau' Iqram keluar dari set penggambaran drama terbabit.

Namun, jelas Shah yang melakonkan watak Imran, ia hanyalah gurauan antara mereka yang sudah lama bersahabat baik.

"Saya halau dia (ketawa). Saya dan Iqram bergurau kasar jadi sokongan saya ialah dari segi menghalau dan kutuk mengutuk. Tapi kita sebagai kawan, faham energy dan strateginya.

"Iqram ini jenis yang tidak boleh diprovoke, kalau di-provoke, tenaga dia lagi kuat. Sebab itu saya sengaja provoke dan energy dia lagi terserlah," katanya.

Berkongsi pengalaman bergandingan dengan Iqram dalam drama arahan Bade Azmi itu, tambah Shah, ia satu langkah bagus.

"Iqram merupakan kawan lama dan tenaga yang diberikannya sangat menakjubkan, tambah-tambah lagi bila sparring dengan Mona Allen, perkara itu jadi katalis untuk meletup.

"Kita tahu aura dan tenaga dengan dia. Iqram datang set, dan tenaga yang diberikan sangat kuat untuk kemasukan pelakon-pelakon lain dan ini anjakan yang bagus," ujarnya.

Sinopsis

Perjalanan kisah antara Elyas dan Lisa terus diduga, kali ini dengan kehadiran Samir yang kini nekad untuk memenangi hati Lisa. Kemunculan Tasya yang semakin lama mendekatkan diri dengan Elyas sedikit sebanyak mula menggubah perasaannya. Mampukah Elyas dan Lisa menyelamatkan sisa kisah cinta mereka.

Kebenaran tentang Elyas dan Maria bakal menguji keluarga Iskandar yang kini berantakan. Azran - seorang lelaki misteri - yang muncul dan mula mengganggu hidup Maria juga membuka kisah lama. Hubungan suami isteri antara Syaz dan Imran semakin dingin dengan kehadiran Adam.

Saksikan Hati Yang Dikhianati setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di saluran Astro Prima atau boleh distrim di Astro Go dan Ultra Box.