Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

Awani
09/09/2024 02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

BERITA BERKAITAN : 3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung

BERITA BERKAITAN : Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024


​BERITA BERKAITAN : Nadeera Zaini Pernah Give Up, Netizen Hina muka Macam… | GMW Highlights

​BERITA BERKAITAN : Adib Reveal Kekasih Hati, Amin & Abid Kembar Paling Bijak Abad Ini! | Motif Trending

Guru tersebut dipercayai melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah semasa sesi persekolahan, selain di dalam sebuah kereta di kawasan pusat beli-belah di sini dan di resort dekat Pantai Cahaya Bulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat ACP Mohd Khairi Shafie ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut.

SUMBER:AWANI

#Ditahan #Pelajar #12 #Tahun #Liwat #Gury